Gambar: INGimage
Tubuh badan cantik serta toned menjadi dambaan setiap wanita. GLAM singkap rahsia tubuh badan toned melalui senaman yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bentuk badan idaman ini.
1. Sebelum bermula, pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan dahulu.
2. Senaman Pendaki Gunung (Cross-Body Mountain Climber)
Lakukan posisi seperti push-up dengan meluruskan badan, kemudian gerakkan kaki kanan dengan menghalakan bahagian lutut ke siku tangan kiri anda. Lakukan berselangan antara kaki kiri dan kanan. Ianya bertujuan untuk membina otot pinggul dan belakang.
3. Squat Sebelah Kaki
Letakkan kerusi atau sofa di belakang anda, kemudian gerakkan kaki kanan anda ke belakang dan letakkannya di atas sofa tersebut. Posisikan kedua belah tangan di bahagian pinggang. Selepas itu, squat ke bawah sehingga lutut kanan anda mencecah lantai. Teruskan sehingga mampu dan beralih pula ke kaki kiri. Senaman ini bagus untuk membina otot hadapan dan dalaman peha selain melatih keseimbangan serta fleksibiliti.
4. Push-up Menggunakan Bola Senaman
Senaman ini bertujuan membentuk bahagian dada, bahu, lengan dan teras badan. Letakkan bola senaman di bawah kaki anda, kemudian posisikan badan untuk melakukan push-up. Pastikan badan sentiasa lurus semasa melakukan senaman ini.
5. Jump Squat
Untuk membentuk bahagian kaki, lakukan senaman ini dengan berdiri menjarakkan kaki seluas bahu anda. Kemudian, squat ke bawah dan halakan kedua belah tangan ke hadapan. Lompat ke atas menggunakan daya kuat sambil menghayunkan kedua belah tangan ke belakang.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
