Spray Tangan Pencegah Coronavirus
Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan
5 Tips Glow Up Sebelum Lebaran
Helmut Lang Kembali Ke NYFW Dengan Solekan Suntikan 90’s
7 Best of Beauty di Golden Globes 2024
Home > Cantik > Hidrasi Kulit Matang

Hidrasi Kulit Matang

beautiful woman applying moisturizing creamGambar INGimage

  Faktor umur yang semakin meningkat membuatkan keadaan kulit wajah seiring berubah. Antara kesan ketara terhadap kulit adalah adalah kelembapan serta keanjalan semakin berkurangan. Kulit matang memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan GLAM ada caranya untuk membantu mengekalkan hidrasi kulit.   1. Pengelupasan Kulit Teknik pengelupasan amat penting terhadap kulit matang kerana ia membantu untuk mengikis sel kulit mati sekaligus membuatkan wajah tampil bersih dan segar. Ianya turut berkesan menghilangkan garis halus pada wajah selain membantu kulit untuk menyerap nutrisi yang terdapat dalam produk penjagaan kulit yang digunakan.   2. Produk Pelembab Produk pelembab berkesan dalam membantu hidrasi kulit matang. Pilih produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit dan sapu dengan urutan perlahan di wajah.   3. Sinaran Matahari Kulit matang menjadi lebih sensitif sekiranya terdedah kepada cahaya matahari kerana kekurangan pengeluaran kolagen akibat faktor umur. Gunakan produk perlindungan sinar matahari untuk memelihara wajah dari rosak akibat sinaran UV.   4. Elak Wap Muka Elakkan dari melakukan wap muka atau facial steaming secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.   5. Pemilihan Produk Komestik Sekiranya sering menggunakan solekan, pastikan untuk memilih produk kosmetik yang membantu untuk mengekalkan hidrasi wajah dan tidak menyebabkan kulit bertambah kering.   6. Makanan Tambahan Makanan tambahan seperti vitamin B complex dan Omega 3 berkesan untuk membekal nutrisi terhadap wajah.