Datin X: Bila Belanja Kahwin Dipertikaikan
Semalam Datin X menerima satu panggilan daripada seseorang. Panjang sembangnya fasal seorang wanita yang baru sahaja mengahwinkan anak sulungnya. Dia surirumah tapi suaminya berjawatan agak besar di jabatan kerajaan. Majlis perkahwinan anaknya baru-baru ini diadakan selama tiga hari tiga malam di hotel lima bintang. Beritahu si penyampai tadi, persiapan gah belaka. Bayar wedding planner pun bukan calang-calang orang. Bunga segar penuh satu dewan. Boleh dikatakan kesemua pihak yang dibayar untuk majlis perkahwinan ini hebat-hebat belaka. Sekali pandang, kita tahu perbelanjaan mesti juta-juta. Ini memang nampak macam kes sengaja nak menunjuk-nunjuk. Tipikal!
Kemewahan melampau ini mengundang persoalan dikalangan tetamu. Suami makan gaji, keluarga menantu pun biasa-biasa saja orangnya. Mana dapat duit? Lancarlah mulut orang sekeliling membuat spekulasi. Ada yang kata suaminya makan rasuah, kerja tak amanah, makan duit haram dan macam-macam lagi lah! Majlis yang sepatutnya suci, dicemari dengan kata-kata yang kurang enak. Datin X rasa keluarga pengantin tahu orang akan membuat pelbagai andaian, tapi alasan mereka sebab anak sulung kahwin. Jadi kenalah berhabis sikit.
“Entah-entah angpau tetamu dah cukup nak cover balik kos kenduri, mana tahu?” Iyalah, takkan orang bergelar datang resepsi mampu hulur RM100 saja! Jawab kawan yang menelefon itu pula, “You jangan tak tahu… ada seorang Puan Sri ni, disuruh drivernya hantar jambangan bunga bersama sekeping sampul. Satu rumah excited bila mengingatkan dalam tu ada wang kertas. Tapi rupa-rupanya sekadar kad tahniah saja! Terkejut parents pengantin tadi, bercerita fasal ni satu malam. Bunga nak buat apa?! Kata mereka, tak sangka Puan Sri tu kedekut orangnya!”
Dalam hal ni, Datin X tak berapa pasti. Apakah situasi ini menunjukkan Puan Sri itu bakhil orangnya ataupun ibu bapa pengantin yang terdesak mengharapkan orang menghulurkan wang untuk menampung kenduri mewahnya. Inilah keadaan bila membuat sesuatu perkara dengan tidak ikhlas. Ajak orang datang kenduri kerana mengharapkan balasan.
Dipetik dari GLAM Mac 2014
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Datin X: Affair Di Hujung Usia
BY Fara Adilla
Apr 28, 2020
GLAM Exposé: Kekayaan Mega Ranap Di Tangan Genera...
BY Fara Adilla
Apr 27, 2020
Datin X: Malu Ada Anak Cacat
BY Fara Adilla
Apr 23, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
