fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Konsert Sheila on 7 Menggamit Nostalgia 7000 Peminat di Kuala Lumpur
Norway Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Dunia
Kekal Fit Bersama Under Armour
Tranformasi Selebriti Paling Hebat Dalam #10YearChallenge Yang Tular
Pilihan Millennial Lebih Kreatif
Home > GLAM Life > Pharrell & Maroon 5 Bakal Meriahkan Singapore Grand Prix

Pharrell & Maroon 5 Bakal Meriahkan Singapore Grand Prix

Marron5Pharrell

Pemenang Anugerah Grammy Pharrell Williams dan Maroon 5 bakal memeriahkan acara tahunan Perlumbaan Formula 1 Singapura yang dijadualkan pada 18 dan 19 September ini di Pentas Padang, yang juga merupakan stadium terbuka terbesar di Singapura.
 
Spandau-732

Manakala di Village Stage, Marina Bay Street Circuit pula bakal menyaksikan kumpulan dari British, Spandau Ballet melakukan debut kemunculan mereka di Singapura pada 19 September. Kumpulan yang mula mencipta nama pada tahun 80-an itu mempunyai sebanyak 23 hit lagu dan telah menjual lebih 25 juta album di serata dunia.
 
Dibawakan Singapore Airlines, tiket boleh didapati sekarang di www.singaporegp.sg. Pembeli terawal boleh menikmati penjimatan sebanyak 25% sehingga 30 April 2015.