Gambar: Singapore Tourism Board & Brandthink Malaysia
Hari pertama terarah pada mood santai. Rugi bukan jika tidak mengambil peluang untuk menyelusur setiap pelosok hotspotnya. Bermula dengan menjamu mata melihat gaya hidup lokal di Kampong Glam, Arab Street, Little India dan Chinatown sehinggalah menikmati sensasi urban di Orchard Road dan Marina Bay Sands tentunya. Kala senja menyapa, limpahan neon di Clarke Quay galak menggoda, namakan sahaja apa selera anda dan keluarga di sini, iringan muzik, suasana bertenaga dan live band segala-galanya tersedia. Sebagai pemanis, apa kata menaiki bot di Singapore River dan hayati keindahan monumen Merlion pada waktu malam.
Sebut sahaja Pulau Sentosa, pasti keriangan bergema. Dari Resorts World Sentosa sehingga ke Sentosa Golf Club destinasi ini sebenarnya sesuai buat keluarga bergembira. Untuk menggelakkan berasak membeli tiket di kaunter masuk, cadangan GLAM, tempahan awal melalui online pasti memudahkan anda. Kembara ria dimulakan dengan menjelajah Universal Studios Singapore dan makan tengah hari di Marty’s Casa Del Wild seterusnya berkunjung ke Underwater World, Trick Eye Museum, Madame Tussauds, Siloso Point, menaiki kereta kabel Jewel melihat pemandangan udara dan diakhiri dengan sun bathing di Siloso Beach. Buat kaki golf, inilah masanya untuk menikmati privilege bertaraf dunia di Sentosa Golf Club. Tanjong Course dan Serapong Course setia memberikan pengalaman yang penuh bermakna.
Agenda hari ketiga sentiasa dinantikan. Apa lagi jika bukan membeli belah! Sebelum itu, apa kata singgah sekejap di PS.Cafe yang terletak di Harding Road dan nikmati kelazatan pastri dan kopinya. Misi mendapatkan barangan idaman bermula di gedung mega sekitar Orchard Road. Dari pusat membeli belah di ION Orchard, seterusnya ke Takashimaya, Ngee Ann City, Paragon dan Far East Plaza. Tiba waktu makan tengah hari, terus sahaja ke StraitsKitchen di Hotel Grand Hyatt. Seleksi menu di sini cukup pelbagai, dari peranakan, dapur Cina, masakan India dan manisan semuanya enak.
Tidak terhenti di situ, untuk menggandakan keseronokan, tuju sahaja ke Marina Bay Sands. Di sini, jenama mewah antarabangsa, label baru dan gaya jalanan menantikan anda. Kala ibu sibuk memenuhi wish list, anak-anak berseronok bersama bapa dengan meneroka Muzium ArtScience, Esplanade, Victoria Theater dan Victoria Concert Hall. Bangkitkan selera gastronomi makan malam anda di Singapore Flyer atau Sky on 57, Marina Bay Sands, pengalamannya pasti berbeza. Malam masih muda, bersiar-siar di Gardens by the Bay, Cloud Forest adalah aktiviti terbaik untuk menutup tirai. Hari terakhir yang masih berbaki usah disia-siakan. Usai sarapan pagi, ambil masa anda untuk beriadah di gimnasium, bermalas-malas di tepi kolam atau luangkan masa bersama dengan bersiar-siar di sekitar hotel penginapan sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Untuk informasi lanjut, layari www.yoursingapore.com.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
