
Pekerja Bibah Songket menunjukkan salah satu hasil tenunan yang hampir siap.
Songket sememangnya salah satu fabrik warisan tradisi yang harus dipelihara kerana nilainya yang tinggi buat budaya bahasa. Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan fabrik ini kekal relevan dan bisa diadun bersama arus kemodenan yang semakin pesat menjalar. Untuk itu, Bibah Songkat yang berpangkalan di Terengganu terus mencipta idea baru untuk menjadikan produk mereka kekal relevan. Tidak hanya mengehadkan songket sebagai fabrik untuk pakaian, mereka turut mampu menghasilkan fabrik yang direka khusus untuk kegunaan sebagai kemasan lembut dalam menata kediaman. Tidak perlu terlalu sarat, padankan kusyen songket anda bersama sofa gaya kontemporari atau cuba ubah lukisan yang menghiasi ruang tamu kepada kehalusan seni songket yang ditenun khusus mengikut cita rasa anda. Seperti lukisan, hasil songket ini eksklusif kerana pembuatannya hanya satu dan dihasilkan melalui tangan.
Perusahaan yang dipelopori oleh Hajah Habibah Zikri ini ini bermula saat dia melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) sekitar tahun 70an dahulu. usai menamtkan pengajian, dia berkhidmat bersama Kraftangan Malaysia dan antara tugasannya pernah menghantar dia ke Bumi Kenyalang. Ketika itulah terlintas di sanubarinya tentang peluang yang tersedia untuk dia mengangkat seni tradisi ini ke satu arah berbeza. Dia mula mengeksplorasi teknik dan teknologi untuk memperbaharui design dan gabungan warna dalam mencipta karya seni songketnya.
Menariknya, Bibah Songket telah berjaya menghasilkan paten dan corak mengikut rekaan dan cita rasa anda. Jika anda menggemari konsep flora dan fauna atau landskap tertentu, mereka bisa merubahnya menjadi tenunan songket eksklusif. Jika anda berminat memiliki sentuhan unik ini, anda boleh berkunjung ke Plaza Damansara untuk melihat sendiri karya seni mereka.

Antara produk tenunan songket yang dihasilkan oleh Bibah Songket.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
