fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Losyen Ajaib Meremajakan Kulit Wajah
Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga
7 Idea Solekan Good Vibes Festival 2023
Jang Won Young Kini Wajah Baharu Dyson Asia Pasifik, Era Baru Gaya Rambut Pintar Bermula
A New Shiseido: Lebih Segar Lebih Chic
Home > Cantik > Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart

Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart

LaMerBlueHeartGambar: La Mer/Jim Hellemn

 
Dalam usaha untuk terus melindungi kehidupan laut, La Mer meneruskan kerjasama dengan National Geographic Society serta peneroka laut dari institusi pendidikan itu sebagai suatu bentuk sokongan kepada pemuliharaan laut.
 
Tahun ini La Mer menyokong dua nama baru dalam dunia penerokaan laut iaitu Dr. David Gruber dan Shannon Switzer selain meneruskan sokongan terhadap National Geographic Explorer-in-Residence, Dr. Sylvia Earle yang terkenal dengan kelantangannya dalam penekanan terhadap kepentingan habitat laut sihat.
 
La Mer menerusi program Blue Heart menjalankan misi untuk meningkatkan kesedaran dalam melindungi dan meneroka laut. Sempena Hari Lautan Sedunia juga, reka bentuk baru dalam edisi terhad Creme de la Mer boleh didapati sepanjang Jun 2015. Reka bentuk kelalang saiz 100ml itu tertera perkataan ‘Blue Heart’, menandakan sokongan serta visi jenama itu dalam melindungi lautan nan biru.
 
La Mer World Oceans Day 2015 (RM1750) - 2
Ianya boleh didapati di Parkson, Pavilion, Isetan Suria KLCC dan Bandar Utama serta Metrojaya, Mid Valley Megamall pada harga RM1,750.