7 Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Bulan Ini !
Make Up For Ever Berkolaborasi Bersama Jessie J
Song Hye Kyo Berkongsi Rahsia Kulit Licin Bak Porselin
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Face Oil
7 Gaya Cantik Terbaik Di Golden Globes 2026
Home > Cantik > Brighten Up! Tip Oles Gincu Merah Jambu

Brighten Up! Tip Oles Gincu Merah Jambu

EmmaStone_Emma Stone. (Gambar: TPGVIP)

  Mencari palet merah jambu sedondon ada teknik dan caranya, warna yang paling meluas dalam frekuensi ini adalah spektrum gincu paling popular seantero dunia.   Fuchsia   The adventurous sister to red. Jika anda berkulit cerah, fuchsia membangkitkan ton rosy pipi. Juga mencipta kontras menawan buat kulit gelap.   · Rona terang beri ilusi gigi kurang putih, sedikit kuning. Guna bleaching strip sebelum menata gincu.   · Oles penggaris bibir yang sesuai dengan gincu, tekstur keringnya mengekalkan warna dalam garisan bibir agar tidak comot.   · Penggunaan bedak dan penyamar noda penting agar segala cela dilindungi. Dengan palet terang, tanda kemerahan nampak lebih ketara.   · Sekadar maskara untuk mata sudah memadai, jika mahu lebih intensif, tambah garisan nipis celak hitam atau perang. Paling penting, bulu mata harus rapi.   Merah Jambu   Go bold dengan gincu rona ini! Walau sering dilihat pada Nicki Minaj, tetapi ia lebih hebat pada mereka yang berkulit cerah.   · Palet ini memang kaya variasi ton, jadi jangan gusar untuk mencari yang paling tepat dengan anda. Cuba pada bibir bukan tangan, it’s the only way to know the result.   · Selepas mengoles gincu dengan berus atau terus daripada tiub, tap your finger along the lips’ border to soften the lines.   · Sentuhan lembut pemerah pipi dalam famili warna yang sama dengan gincu, membantu mengharmonikan keseluruhan tatarias.