Taman Nasional Shinjuku Gyoen
Tradisi hanami adalah saat penting dinantikan masyarakat Jepun. Taman Nasional Shinjuku Gyoen bagaikan syurga dunia menjelang musim bunga. Keindahan semula jadi berjaya membuat pandangan anda terpaku dengan ribuan pohon ceri yang sarat dengan pelbagai spesies. Terletak di antara Shinjuku dan Shibuya, taman ini cukup popular. Taman seluas 58.3 hektar ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu French Formal menempati bahagian utama, English Landscape pada bahagian utara manakala Japanese Traditional di bahagian selatan. Menjelang musim bunga, lautan manusia menjadi satu fenomena yang luar biasa. Bertemankan tasik yang luas dan jambatan dalam rekaan tradisional Jepun, berkunjung ke sini akan merakamkan memori terindah. Hotel bertaraf lima bintang seperti Hotel Park Hyatt, The Ritz-Carlton, The Capitol Tokyu serta Grand Hyatt yang menempati persekitaran taman ini bersedia memberikan layanan termewah jika anda menginap di hotel mereka.
Gambar: roseeyeview
Jinhae, Selatan Korea.
Musim bunga di Korea nyata menjanjikan sensasi yang berbeza. Jika di Jepun bunga sakura segar dengan warna merah jambu namun di sini ia berona keputihan. Jika kesempatan berkunjung ke Korea pada Mac dan Apil, anda dipanah pesona kala menatap hampir 220,000 pokok ceri yang sarat memekarkan bunga sakura. Bandaraya Jinhae seolah tenggelam dalam lautan bunga. Selain itu, terdapat tiga lokasi utama yang tidak kalah popular iaitu Anmin Road, Jehwangsan Park, dan Naval Base. Mahukan sesuatu yang romantis, luangkan masa menjelajah Jehwansan Park. Di sini anda berpeluang menjejakkan kaki di jambatan Ilyeon Gyedan (one year stairway). Jika bernasib baik, kelopak bunga sakura akan menghujani anda kala angin bertiup. Manakala di Anmin Road pula, anda berpeluang berjalan kaki di sejauh 3.5 kilometer menyusuri terowong buatan daripada ranting pokok ceri yang rimbun.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
