Oleh: Amira Azman
Ramai rakyat tempatan memilih luar negara sebagai destinasi pilihan, sedangkan di negara sendiri sahaja sudah punya ratusan lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Sebutkan sahaja, mahu tersadai di pantai, menyaksikan monumen bersejarah, mendambakan percutian berangin sejuk, mahu menikmati keindahan semula jadi, semuanya boleh didapati di negara ini, GLAM mengajak anda back to nature menyelami kehidupan khazanah alam semulajadi milik negara yang sudah berusia berabad tahun lamanya.
[soliloquy id=”40813″]
Rahsia Keindahan Bandar Sungai Lembing Terletak di hulu Sungai Lembing, kira-kira 42km dari bandar Kuantan ini bakal membuatkan anda terpegun kala menjejaki Gunung Tapis di sini. Sesampai di puncak gunung ini, anda dapat saksikan lautan awan putih yang memenuhi pandangan kawasan tanah pamah disitu. Mempunyai ketinggian 4,957 kaki, gunung ini adalah gunung ke-18 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Jika mendaki pada hari yang cerah, panorama Gunung Tahan juga boleh dilihat dari atas puncak gunung ini. Sekalian di Sungai Lembing, jangan sesekali lepaskan peluang untuk menikmati keindahan Air Terjun Pelangi. Terletak berhampiran Gunung Tapis ini, disarankan kepada para pengunjung untuk datang datang pada sebelah pagi supaya tidak terlepas menyaksikan keajaiban pelangi yang muncul di sekitar matahari terbit sehinggalah jam 11 pagi. Bak kata orang dahulu kala, untuk menikmati sesuatu yang indah bukanlah sesuatu yang senang, hanya dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mampu menembusi lecak, kawasan berair dan kawasan tanah tidak rata di sini dan kemudiannya meredah kawasan hutan sahaja barulah anda ditemukan dengan lokasi air terjun ini.[soliloquy id="40818"]
Gambar: The Dusun
Bermalam Jauh Dari Hiruk Pikuk Kota Mahukan percutian lain daripada yang lain, yang jauh dari kota sambil menikmati hijau alam tatkala bangun pagi dan pemandangan indah menjadi pandangan pertama saat mata dibuka? The Dusun, adalah lokasi yang paling sesuai untuk membawa keluarga. Pasti anda membayangi lokasi seperti ini bakal membosankan, namun jika anda mahukan kelainan, disinilah tempatnya. Mengambil masa satu jam lebih dari kota Kuala Lumpur, lokasi rumah peranginan ini bertempat di Seremban. Terdapat lima buah rumah yang berbeza boleh didiami di sini yang mana kesemuanya mempunyai tarikan yang tersendiri. Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah seperti jungle trekking ke air terjun, berkunjung ke kampung berdekatan, memancing dan aktiviti bird discovery walk.[soliloquy id=”40781″]
Gambar: The Chateau
Sesi Spa Berunsur Organik
Jika mahu angin yang sedikit lain, The Chateau Spa and Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi di Pahang antara lokasi yang boleh anda kunjung. Hotel yang tersergam indah ini memilih spa dan organik sebagai tarikan utamanya disini. Berkedudukan di tanah tinggi dan merupakan kawasan peranginan sejuk ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan hotel lima bintangnya, malah banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya, di Adventure Park, anda boleh mencuba aktiviti flying fox, canopy walk dan juga rock climbing.
Keutamaan hotel ini adalah segalanya berkaitan kesihatan dan keselesaan. Pelbagai khidmat rangkaian spa mewah yang menarik boleh dicuba di sini. Mempunyai 200 buah bilik yang disediakan oleh hotel ini daripada deluxe rooms sehinggalah ke spa suites, kesemuanya direka mewah serta selesa buat para tetamu yang berkunjung. Di sini juga para tetamu dijamu dengan pilihan produk organik yang terbaik seperti produk spa Voya, tuala organik dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, terdapat taman botani serta ladang organik yang boleh anda kunjungi disini.
[soliloquy id="40786"]
[soliloquy id="40801"]
[soliloquy id="40808"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
