Related Stories
Home > Personaliti > Pesanan Mesej Ringkas Detik Permulaan Cinta Dayang Nur Atikah Dan Danny Lim
Pesanan Mesej Ringkas Detik Permulaan Cinta Dayang Nur Atikah Dan Danny Lim
Pasangan fesyen tanah air yang sedang hangat bercinta. Ironinya, percintaan mereka ini melintas bangsa. Ternyata cinta itu langsung tidak pernah kenal batas! Dayang Nur Atikah dan Danny Lim punya karier yang sukses dalam bidang peragaan. Langsung menempa nama di pentas peragaan antarabangsa.
Pesanan Mesej Ringkas Detik Permulaan
Atikah, orangnya sangat pemalu kala membuka mulut berbicara mengenai cinta! Mungkin kerana darahnya yang masih muda remaja. Pasangannya pula Danny, seorang lelaki yang nampak tenang tetapi kelakar perwatakannya. “Cinta itu adalah pautan perasaan yang mendalam di antara dua belah pihak,” kata pemuda yang berasal dari tanah utara semenanjung, Pulau Pinang. “Selain menjadi peragawan, saya juga adalah jurugambar sepenuh masa dan waktu pertama kami berselisih pandangan adalah atas tuntutan kerja saya. I’ve booked her for my photo shoot. Sebabnya dia punya air muka yang sangat eksotik dan unik. Dari media sosial perbincangan beralih ke pesanan mesej ringkas menerusi telefon. Kami mula berkenalan dari situ. Walhal sebelum ini, kami pernah beraksi dalam satu pentas peragaan yang sama,” kata Danny lebih lanjut.
“Saya kenal Danny tetapi tidak begitu mendalam, hanya kenal dia sebagai seorang model tempatan berbangsa Cina. Itu sahaja. Tidak pernah tahu tentang kariernya yang sudah menempa nama di pentas peragaan antarabangsa. Seingat saya kami juga pernah bekerja bersama dalam beberapa acara fesyen tempatan tetapi tidak pernah bertegur sapa. Januari tahun lepas merupakan detik di mana kami mula mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat lagi. Segalanya bermula bila saya ditempah olehnya untuk beraksi buat projek kreatif olahannya. Dari situ dia kerap bertanyakan khabar melalui mesej dan saya mula merasakan sesuatu…”
“Sebabnya topik diskusi kami berubah, dari berlandaskan kerja langsung lebih bersifat peribadi. Lepas hari penggambaran kami mula keluar bersama. Then I received the most funny pick-up lines ever from him. Yang berbunyi seperti, I think you’re hot. Petik satu jari, sepuluh yang datang. Knowing him, dia memang seorang yang sangat kelakar. Itu belum lagi bila dengar dia berbicara dalam bahasa Melayu. Bahasanya agak baku dan penguasaannya lebih baik dari yang saya jangkakan. Yang penting, boleh dikatakan lebih baik dari saya. Sweet and funny!” cerita Atikah.
“Ya ramai yang bertanyakan tentang cerita cinta kami, sedari latar belakang bangsa dan agama yang berlainan. Hubungan kami serius, normal seperti pasangan yang lain. Cumanya agak sukar buat keluarga saya untuk menerimanya kerana mereka bimbang tentang sudut pandangan saya. As parents they’re being protective. Itu sahaja. Buat masa sekarang kami berdua melayari bahtera cinta seadanya. Adakah kami salah kerana berlainan agama? Tidak sama sekali saya rasa. We go with the flow. Dan sekiranya ada masalah, sebaiknya kami akan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik,” kata Danny.
“Mungkin saya masih muda untuk memikirkan soal perkahwinan. Tetapi ada di dalam kotak fikiran ini mengenainya. Mengikat tali pernikahan dengan Danny adalah impian saya dalam perencanaan masa hadapan. Perbezaan agama tidak menjadi halangan, bukankah kita di dalam satu bumi satu Malaysia. Dia dari Penang, saya pula dari Kota Kinabalu. Konsep pertembungan budaya itu sudah wujud dari zaman sedia kala lagi. Bukankah ia mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua bangsa? Dia banyak mengajar saya selok-belok dunia peragaan. Juga tidak putus-putus memberi sokongan untuk saya melangkah maju ke hadapan. Kerana dia juga saya belajar untuk hidup lebih berdikari di negara orang. Dia teman saya berbicara cumanya kadangkala agak sibuk dan kini bakal merantau ke negara orang dengan lebih kerap lagi. Bertanyakan khabar melalui aplikasi Whatsapp dan Facetime menjadi medium komunikasi. Agak susah tetapi itulah dunia realiti.” Sambung Atikah.
“Atikah seorang yang manja dan seorang yang mengambil berat tidak kira terhadap kaum keluarga mahupun teman rapat. Sebagai pasangannya saya perlu memberikan sebanyak perhatian kepadanya. Mungkin dahulu tidak. Saya tahu kadangkala saya sangat sibuk dengan urusan kerja tetapi saya akan pastikan kami berkomunikasi setiap hari. Itu adalah antara resipi hubungan yang saya ingin perbaiki untuk keharmonian hubungan kami. Saya masih percaya dengan konsep happily ever after. Cumanya kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengekalkan rasa cinta itu kerana khuatir akan pudar satu hari nanti.” Cakap Danny.
“Pemberian cincin dari jenama Vivienne Westwood untuk hadiah hari lahir saya adalah antara pemberian terhebat dari Danny. Langsung punya cerita dan nilai sentimental yang indah. Sewaktu berada di London tahun lalu, banyak mengajar saya tentang kesabaran dalam percintaan. Bukannya indah semata, sungguh perit tapi apakan daya. Satu saja yang saya pegang, when a man is loyal to you, you definately should do the same. Hukum karma itu ada dan pastinya akan berlaku,” kata Atikah menutup bicara.
Penata Gaya: Aizat Aidid
Penyelaras: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Februari 2015
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
