Home > Personaliti > Noreen Ramli & Awangku Irawan
GLAM menyingkap kisah mahligai indah yang dibina Noreen Ramli bersama suami, Awangku Irawan.
Festival Muzik Adalah Pertemuan Pertama
Like music, food brings people together! Itulah yang boleh diringkaskan buat cerita dari pasangan ini. Pertemuan pertama adalah sewaktu keduanya berlibur mendengarkan irama muzik etnik nan indah di Rainforest Music Festival sewaktu diawal usia 20-an. Tahun ini sudah hampir 14 tahun mereka kenal. “Cinta adalah makanan!” langsung keluar dari bibir Noreen dalam memberi definisi cinta. Bagi Irawan pula yang lebih dikenali dengan nama mesranya Tubby berkata, “Sayang itu lahirnya sedari kecil sehinggalah perasaan itu bertukar menjadi cinta setelah mencapai kedewasaan. In a nutshell, love is about experiencing emotions. Gelak kerana lawak jenaka itu juga boleh diklasifikasikan sebagai cinta. Cinta itu luas dan subjektif. Yang penting bagi saya bila dapat meluangkan masa berkualiti bersama orang yang tersayang.”
“Barangkali ramai yang menyalahtafsirkan erti perkahwinan atau konsep berumah tangga itu. Bagi saya, bila sudah berkahwin segala masalah ringan dengan adanya sokongan dari suami. Tekanan yang dialami juga terhakis. Things are more natural now. Terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana mahu merencana rumah tangga mereka. Mungkin kerana kami sudah lama berkenalan, sejak di awal usia 20-an lagi. Dia adalah teman rapat kepada saudara saya yang menetap di Kuching. Mereka mengajak saya untuk melihat sendiri akan keunikan Festival Muzik Rainforest. Dari situ, kami mulai rapat dan saling mengenali,” cakap Noreen lembut.
“Saya dilahirkan di New Castle, England sewaktu ayah melanjutkan pelajaran di sana dan beberapa tahun kemudian, balik ke Kuching. Langsung dibesarkan di sana sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, 12 tahun yang lalu. Pada mulanya dia ingat saya ini seorang lelaki nakal yang hanya ingin mendampingi wanita. Tidak lebih dari itu. Fasa pengenalan kami agak lama sebelum mengikat tali pernikahan pada Disember 2, 2012. Kami sungguh serasi bersama dan Noreen seakan boleh membaca kehendak saya. I consider myself as not much of a talker and she reads me well for the past 10 years,” cerita Irawan.
“Saya bukanlah seorang wanita yang mendambakan keromantisan. Bunga ros merah, coklat itu semua cinta konvensional. Sebagai seorang wanita yang sudah berumah tangga, rasa dihargai itu lebih penting. Saya bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang juga romantis walaupun tidak keterlaluan dan sweet seperti Tubby. Setiap hari ulang tahun perkahwinan mahupun hari kekasih, kami akan meluangkan masa bersama dengan masak hidangan kegemaran kami. Simple, and of course comfort food. Seperti bebola daging buatan sendiri bersama kentang putar istimewa. Langsung dihidangkannya dalam piring yang besar untuk dikongsi bersama. And Tubby will set up his DJ stand as table, di balkoni rumah berlatarbelakangkan panorama kota raya, Kuala Lumpur. He is a total gentleman!” Kongsi Noreen dalam menyingkap cerita cinta mereka.
Cinta dan kebahagiaan rumah tangga mereka nyata kukuh berdiri. Ini terbukti dengan kehadiran Curbside Cantina, trak makanan yang mempersembahkan selera jalanan unik Mexico. Keduanya punya minat yang sama. Makanan menjadi salah satu medium dalam mencari keharmonian hubungan suami isteri. “Bila berkata mengenai kehidupan rumah tangga. Kami sangat bertuah kerana banyak masa kami diluangkan bersama. Boleh dikatakan setiap hari. Everyday fill with so many moments together. Kami tinggal sebumbung. Apatah lagi bekerja mahupun berlibur. Segalanya dibuat bersama. Food truck kami adalah lambang kolaborasi kami berdua dalam menghubungkan minat dan rasa cinta yang dibina bersama selama ini. A total collaboration of love. Semoga segalanya dipermudahkan tuhan dan kekal abadi,” kata Noreen.
Sebelum menutup perbualan, Noreen berkongsi cerita tentang pemberian terhebat Irawan kepadanya. “Dalam dua, tiga tahun pertama kami bersama, kala sedang hangat bercinta. Dia membuat kejutan pada hari lahir saya dengan seekor anak kucing yang kini sudah hampir sembilan tahun membesar bersama kami. The same kitten I saw a few days before my birthday at the pet shop. Waktu itu kami ada pertemuan atas urusan kerja. Masuk ke pet shop hanya sekadar untuk mencuci mata. Tiga hari kemudiannya, di dalam kereta ada sekotak hadiah, and there was my cute little kitten! Dia seorang yang pemalu tapi usahanya membuatkan saya rasa sangat istimewa dan dihargai. Dialah suami merangkap teman lelaki yang cukup memahami. Terima kasih atas anugerah yang terhebat dari Tuhan.”
Penata gaya: Aizat Aidid
Teks & Penyelaras: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/Blink Studio

See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026