Home > Personaliti > “Orang ramai harus berhenti dari membandingkan saya dengan ibu.” – Kayda
“Orang ramai harus berhenti dari membandingkan saya dengan ibu.” – Kayda
Pengembaraan minatnya dalam lapangan muzik hadir sejak kecil lagi. Membesar dalam persekitaran muzik mungkin menjadi kelebihan buat dirinya. Anak kepada Ratu Jazz negara ini terus berkayuh sendiri dalam meneruskan legasi kedua orang tuanya dengan suntikan muzik yang langsung berbeza. “Saya membesar dengan muzik sejak lahir. Malah mereka sudah berkecimpung dalam industri muzik sebelum saya dilahirkan lagi. Langsung di dalam dua bidang yang berbeza.
Dari menyanyi hingga ke produksi di studio, semuanya lengkap tercatat dalam diari kehidupan saya. Ibu mendedahkan saya kepada segala macam irama dan lagu, tidak hanya cenderung pada satu. Melihat ibu beraksi di pentas untuk soundcheck mahupun rakaman album di studio adalah antara rencana hidup. Juga dikenalkan dengan ahli muzik baik dari dalam mahupun luar negara. Secara lumrahnya hidup saya terus berbalut nafas muzik sehingga ke hari ini. Sedari itu saya punya perancangan dan persepsi yang tersendiri mengenai muzik dan terus mengorak langkah untuk turut sama mewarnai dunia muzik tanah air.”
Tidak terlepas dipukul badai kontroversi yang menghiasi laman-laman media elektronik mahupun cetak, Kayda Aziz akui dirinya sudah jelak bila dikaitkan dengan ibunya. “Bukan tidak suka dikenali sebagai anak Sheila Majid bahkan saya rasa sangat bangga membawa namanya bersama. Tetapi orang ramai harus berhenti dari membandingkan saya dengan ibu. Lantas hakis tanggapan yang mengharapkan saya untuk menjadi sehebatnya. Saya masih baru dalam dunia seni biarpun membesar dalam persekitarannya. My mom has been in the industry for over 30 years. Ia adalah satu penghormatan untuk dibandingkan dengan seorang legenda tetapi ia tidak adil untuk ibu dibandingkan dengan artis baru seperti saya. Saya punya bakat yang tersendiri dan muzik yang dipertaruhkan jauh lebih berbeza. Tidak pernah sekali pun terdetik di hati untuk menumpang populariti ibu. Cerita ini harus dihentikan dari terus menular dan memberi pandangan buruk pada saya.”
“Muzik yang diperdengarkan oleh saya mungkin boleh dilabelkan sebagai muzik era baru. Gabungan antara Hip-Hop yang bersulamkan elemen tradisional atau klasik dan rentak Elektronika. Saya gemarkan muzik klasik dan benar-benar menghargainya. Malah pernah mengikuti kelas sehingga gred 8 dan saya rasa muzik saya perlu ada sedikit sentuhan tradisional dan itulah yang membuatkan saya berbeza dari yang lain, mungkin. Ramai yang bertanya apakah yang membuatkan saya berbeza dari rapper yang sedia ada. Pada dasarnya saya ingin menampilkan aneka ritma tetapi tidak keterlaluan. Saya hanya mahu mengajak orang ramai untuk menghargai muzik tradisional lantas diberi sentuhan era baru dalam mengangkat warisan budaya kita. Be proud of what we have and at the same time we keep up with the current music that is emerging.”
“Buat perencanaan akan datang, kini saya sedang merakam beberapa buah lagu untuk dimuatkan dalam album saya tetapi tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkannya. Lebih fokus untuk mengeluarkan single baru terlebih dahulu. So for now, it is just working with different people, different producers, musicians and songwriters and getting involved with whatever ideas I have. Ia melibatkan proses yang sangat panjang dalam memerah idea dan mengambil masa yang lama untuk disempurnakan. Tetapi proses ini mematangkan saya sebagai anak seni dan tentunya berbaloi!”
Teks & Penyelaras: Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Penata gaya: Aizat Aidid
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/ Blink Studio
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2015
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
