Related Stories
Home > Personaliti > Amanda Imani Terbang Jauh Membuat Persembahan Di Serata Dunia
Amanda Imani Terbang Jauh Membuat Persembahan Di Serata Dunia
Orangnya tinggi lampai selain berperwatakan ceria, dia juga punya raut wajah yang begitu seksi, itulah pandangan pertama saya terhadap Amanda Imani apabila bersemuka empat mata di studio tempoh hari. Memulakan karier nyanyian seawal usia 17 tahun, ketika itu berita yang menggembirakan hati apabila komposer Ajai menghidu bakatnya dan ia adalah suatu yang mustahil untuk ditolak. Justeru itu, pada tahun 2010, bermulalah revolusi muzik Amanda Imani dengan terhasilnya album pertama berjudul Amanda Imani. Lebih membanggakan buatnya apabila dia turut sama menyumbangkan lirik di dalam album itu. “Saya masih begitu muda dan tidak punyai sebarang pengalaman ketika itu. Mempunyai seseorang yang percaya akan kemampuan saya dan ingin menghasilkan album debut, itu adalah suatu benda besar buat saya.”
Selesai album pertama, Amanda tidak berhenti di situ sahaja, dia maju bersama beberapa single seperti kolaborasinya bersama Malique dan juga pemain biola elektronik, Dennis Lau. Apabila ditanya tentang projek terbarunya, air muka lantas berubah. Begitu gembira bercerita, manakan tidak album yang akhirnya ditunggu-tunggu telah pun menjengah pasaran tahun lalu.
Diberi judul Black Heart, bergenre Rock Alternatif, berbeza sedikit dari muzik yang sering dibawanya iaitu Pop. Mempunyai tujuh buah lagu baru beserta dua trek bonus dan sepenuhnya dihasilkan oleh Amanda Imani dari penghasilan lirik, melodi hingga album itu sendiri. Soal saya tentang konsep album ini, mengapa memilih lagu Inggeris sepenuhnya? “ Konsep utama adalah untuk memperdengarkan bait-bait lirik, apa yang ingin saya katakan menerusi lagu-lagu saya dan kerana ia lebih menggambarkan siapa saya. Genre ini juga tersasar dari ritma saya sebenar namun ia bagus kerana tidak ramai penyanyi wanita di luar sana yang ingin membawa genre ini. Saya juga tidak mahukan lagu yang mesra radio sepenuhnya kerana itu bukanlah idea asal saya. I just wanted it to be real and raw.”
Saya tabik dengannya yang tidak gentar mengambil risiko dan ingin bereksperimen dalam apa jua yang dilakukan. Mungkin ramai masih tidak tahu, Amanda Imani antara penghibur yang sudah terbang jauh membuat persembahan di serata dunia. Antara yang sudah dijelajahi ialah di China, rantau Eropah juga Sepanyol. Dia kerap memenuhi jemputan luar negara. Bagi Amanda, peluang seperti ini membuka matanya dalam mengenali budaya dan muzik luar. Beralih pula soal saya ke kisah fesyen Amanda Imani. Lihat sahaja laman Instagramnya, gambar-gambar yang dimuat naik semuanya begitu stylish. “Saya cintakan fesyen! Ia dan muzik berjalan seiring. Bagi imej pula, saya sering bertukar ganti. Sebenarnya, Black Heart menggambarkan stail peribadi saya. Fesyen boleh dianggap menyerikan lagi diri saya sebagai seorang penyanyi. And some people work the music around the fashion, but I do the opposite.”
Gemarkan gaya klasik sepanjang zaman namun Amanda juga suka merubah angin penampilan dengan menyuntik sedikit elemen edgy dan rock dalam gaya harian. “Gerobok saya penuh dengan persalinan rona serba gelap!” ujarnya sambil tertawa. Tidak hairanlah jika ditanya pereka kegemarannya, sudah tentu Alexander McQueen dan Ezzati Amira. Menjadikan Lana del Ray sebagai inspirasi membuatkan dia berharap suatu hari dia mampu berkoloborasi bersama penyanyi ini. Impiannya dimasa akan datang, ingin membantu generasi muda dalam mengecapi impian sebagai penyanyi. Dia percaya, jika kita memberi, dalam waktu yang sama kita turut mempelajari sesuatu secara tidak langsung.
Teks & Penyelaras: Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Penata gaya: Aizat Aidid
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/ Blink Studio
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2015
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
