Home > Personaliti > Laris Kerana Unik – Raja Ilya Fasih Bahasa Tamil Dan Hindi
Laris Kerana Unik – Raja Ilya Fasih Bahasa Tamil Dan Hindi
Mungkin ramai yang beranggapan populariti yang diraih oleh Raja Ilya adalah menerusi filem dan drama berbahasa Tamil. Darah yang pekat mengalir dalam dirinya adalah daripada keturunan Diraja Kesultanan Melayu Perak di sebelah ayahanda dan berdarah Malayalam atau Malbari di sebelah ibu. “Saya fasih bertutur dalam empat bahasa iaitu Tamil, Hindi, Melayu dan Inggeris. Saya juga merupakan satu-satunya pelakon Melayu yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Tamil dan Hindi. Saya mula menjinakkan diri dalam industri lakonan kala masih bekerja sebagai krew penerbangan Malaysia. Mungkin ramai yang mengenali saya menerusi lakonan dalam industri hiburan Tamil tempatan. Tetapi, sebenarnya saya punya lebih banyak dan kerap memerankan watak di dalam drama dan telefilem Melayu. Antaranya Dahlia dan Love You Mr. Arrogant.”
Bukan sahaja miliki paras rupa menawan, Raja Ilya juga membuktikan dengan lakonannya yang punya kebolehan dalam menggalas pelbagai watak juga kerana boleh bertutur fasih dalam bahasa Tamil dan Hindi. Namanya mula dikenali dan terus diangkat setelah membawa watak Shruti dalam filem Tamil, Appalam arahan Afdlin Shauki. “Mungkin saya punya kelebihan tetapi itu tidak menjamin apa-apa jikalau tidak berusaha. Tidak dinafikan populariti dan nama saya melonjak naik menerusi filem Appalam dan berjaya merangkul Anugerah Filem Malaysia Tamil di Chennai. Apa yang saya idamkan adalah mahu melebarkan sayap ke tahap perfileman Bollywood melalui industri Kollywood. Datuk Michelle Yeoh adalah kenapa saya menjadi lebih optimis dalam berkarya lantas punya cita-cita dan hala tuju karier yang jelas. Dia inspirasi saya dalam mengorak langkah untuk pergi lebih jauh.”
“Masih banyak yang perlu diperbaiki, saya belajar melalui pengalaman dan lebih banyak pendedahan maka lebih bagus. Bukannya tamak untuk menerima seberapa banyak tawaran yang mungkin. Ini adalah cara saya memotivasikan diri supaya menjadi lebih positif. Segalanya mengenai saya sekarang adalah kerana karier. Tiada yang lain. Apa yang saya harapkan untuk perencanaan masa hadapan industri lakonan tempatan, pengarah di Malaysia seharusnya memberikan lebih banyak peluang kepada pelakon yang punya bakat untuk ke arus perdana. Juga memberi peluang dan ruang kepada pendatang baru. Penampilan fizikal dan rupa paras itu perlu, namun pada masa yang sama, bakat juga kena seiring. Bukan hanya sekadar rupa paras yang menjadi ukuran. Saya sendiri pernah mengalaminya hanya kerana warna kulit saya berlainan daripada apa yang mereka inginkan. Saya percaya, ramai pelakon di luar sana yang punya bakat tetapi ditutup pintunya kerana tidak memenuhi cita rasa yang diinginkan. Ramai di antara mereka yang bagus tetapi masih tidak dikenali,” Raja Ilya menutup bicara.
Penata Gaya: Suzie Adnan
Penyelaras: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric/Blink Studio
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Januari 2015
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
