Home > Personaliti > “Wanita dan bina badan masih belum boleh diterima sepenuhnya.” – Nana Al-Haleq
“Wanita dan bina badan masih belum boleh diterima sepenuhnya.” – Nana Al-Haleq
Janji untuk bertemu gadis ini di studio jam 4.30 petang. Setibanya Nana Al-Haleq di studio bersama pengurusnya, kami terpana. Susuk tubuhnya yang gagah sepadan dengan kerjayanya. “My career… I would say, it is a mixture of coaching, fitness model, a motivator and inspirational role model”. Pasti banyak cabaran yang dilalui sepanjang bergelar seorang atlet bina badan. “Susah sebenarnya untuk mencapai di tahap ini. Sebab utama, set pemikiran orang ramai! Penerimaan terhadap kedua-dua wanita dan bina badan ini masih belum boleh diterima sepenuhnya. Banyak kritikan yang saya terima terutama yang dihantar menerusi e-mel juga Facebook seperti, “Oh we don’t like muscular girls, we like girls who are slim and slender!” Bagi saya sebagai wanita, ianya semua terpulang kepada diri kita sendiri, bagaimana kita mahu tonjolkan imej kita kerana yang bahagia itu adalah kita!”
Namun tidaklah kesemua perjalanan yang dilaluinya pahit belaka. Nana yang sudahpun mendirikan rumah tangga, sentiasa mendapat sokongan penuh dari si suami. “Saya pernah bekerja dalam bidang media sebelum ini, dan selepas suatu ketika, saya beritahu suami saya, this is not the best line for me, because I always love fitness! Jadi dua tahun yang lalu, saya berhenti kerja, kemudian fokus kepada bidang ini dan dia menyokong saya sepenuh hatinya,” ujarnya sambil ketawa.
Melihat gaya hariannya menerusi laman Instagram, Nana begitu aktif memuat naik gambar serta video setiap kali dia berada di gimnasium. “Saya tidak memiliki gim sendiri. Saya bekerja secara mobile. Dari pukul 8 pagi, saya sudah keluar ke rumah klien dan melatih mereka dari rumah.” Tidak menggelarkan dirinya sebagai jurulatih peribadi, “I am not a certified trainer, I learned mostly from my experience. Anda tahu, anda dari kelulusan akaun dan terjun pula ke dunia media dan berjaya berjaya dalam bidang itu. Ya, saya seperti itu! Paper is just a paper, jika anda tahu bagaimana cara yang betul untuk lakukannya, tidak mustahil anda boleh lebih berjaya daripada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.
“Saya juga tidak punyai sebarang kelulusan dalam bidang sukan. Tapi saya pernah mewakili Selangor ketika menyertai sukan di sekolah dahulu. Kemudian saya aktif dengan aktiviti rock climbing dan kini bina badan. Jadi mungkin saya tak sesuai untuk digelar seorang trainer tetapi jika a lifestyle coach, yes!” ujarnya tertawa kecil.
Melihat kepada gaya personaliti ini, walau luaran tampak ganas, bicaranya lembut dan sopan. Begitu meminati fesyen, baginya imej sangatlah penting, “I can be elegant and beautiful, I can be sexy if I want too! Tidak semestinya muscular woman tidak boleh tampil seksi. I like 7 inch heels, no joke!” Jika ditanya imejnya, dia gemarkan gaya minimalis kala berfesyen. Bercerita tentang obsesi fesyennya, “Saya sangat sukakan Isabel Marant juga Chanel, I die for their kicks!” Nana bercita-cita untuk memulakan jenama fesyennya sendiri. Seperti aksesori untuk ke gim yang wanita boleh gayakan dan sudahpun mula merekanya dari sekarang . “Ya… somewhere this year. Still keeping it hush hush!,” ujarnya mengakhiri bicara.
Penyelaras ZUHAIRIE SAHROM DAN AMIRA AZMAN
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2015
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
