Final Fantasy dan Jaden Smith Wajah Kempen Louis Vuitton
Oleh: Mujahid Saddam
Nicolas Ghesquiere cipta kelainan pada kempen “Series 4” Spring/Summer 2016 Louis Vuitton apabila menggunakan Lightning – karakter dalam permainan video Final Fantasy sebagai wajah kempen rumah fesyen itu.
Menurut Ghesquiere, estetika fantasi alam maya serta permainan video jelas terlihat dalam koleksi kali ini, justeru pemilihan Lightning cukup sempurna sebagai simbol wanita berani masa kini di mana media sosial dan komunikasi digital menjadi sebahagian daripada hidup manusia.
Kempen tersebut turut membariskan jurugambar terkenal Juergen Teller dan Bruce Weber, masing-masing tampil dengan interpretasi berbeza mengenai karakter hebat wanita era ini. Bruce Weber cukup terkenal dengan imej fotografi yang menangkap energi kelompok muda terbang ke Tampa, Florida bagi merakam wajah sekumpulan gadis bersama Jaden Smith, wira muda generasi baru yang melambangkan kebebasan sebenar. “His extraordinary attitude is a new norm,” jelas Ghesquiere mengenai pemilihan Smith dalam kempen itu.
Aktres kelahiran Korea yang mencipta nama di Amerika, Bae Doona pula dipilih sebagai wajah kempen yang dirakam Juergen Teller berlatar belakangkan langit biru di Miami. Aktres tersebut merupakan antara inspirasi Nicholas Ghesquiere kala menghasilkan koleksi ini.
[soliloquy id=”42027″]
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

