Related Stories
Home > Personaliti > Glam Life: Nikky Azura
Teks oleh: Yusairi Fitri
Arahan Seni: Mahirah nadzlim
Gambar: Felina Hung & NUARSAFRI/ LENSWORK PRODUCTION
Solekan: Koma MENGGUNAKAN URBAN DECAY
Dandanan: Shaari Amin
Megah tersergam indah di lokasi perumahan elit, Bukit Ledang, Kuala Lumpur, kediaman pengasas Nailsmith Spa & Bar, Nikky Azura yang beroperasi di Publika merai penyatuan pati budaya Nusantara kontemporari bersama kehidupan tropika elemen kediamannya. “Berada di pinggir bukit hutan, banglo tiga tingkat ini dibina di atas tanah berkeluasan 12,5000 kaki persegi yang meliputi tiga bangunan yakni banglo utama dan berkembar, suasana di sini tidak sibuk dengan hiruk pikuk gaya hidup kota. Selain faktor tanah yang luas, struktur seni bina ala resort bertaraf antarabangsa dan rekaan siling yang tinggi turut menjadi penyebab saya dan suami bertekad untuk memiliki kediaman ini.” cerita Nikky kala membuka bicara.
“Sebelum ini kami sekeluarga menetap di salah sebuah kondominium yang terletak di Mont Kiara, di mana suasana di sana lebih mengujakan dan sedikit sibuk. Memandangkan anak-anak saya semakin membesar dan memerlukan ruang yang lebih seleasa maka keputusan memilih banglo ini adalah tepat sekali.” kata Nikky yang kini berpuas hati dengan kediaman yang baru diduduki tiga bulan lalu. Banglo ini sahaja sudah mencecah keluasan 9,600 kaki persegi dan strukturnya dibina dengan paduan simen dan semestinya signatur utama yakni kayu cengal. Nilai perasaannya yang tinggi untuk berada lebih akrab dengan alam membuka lembaran baru pada dirinya dan suami. Interpretasi resort sarat nadi tropika Bali menyelubungi setiap perincian seni bina rumahnya. Dari kemasan lantai, tiang bersaiz mega, percikan bunyi air kolam, alang bumbung, tangga kayu semuanya sempurna.
Istimewanya, konsep keterbukaan di ruang foyer, kolam renang, ruang makan, dapur dan laluan ke kamar beradu sekali gus mengurangkan penggunaan penyaman udara dan kipas. Sumber aliran udara yang baik di manfaatkan sepenuhnya. Lebih menarik air dari kolam utama turut mengalir masuk ke dalam rumah yang menjadikan permukaan lantai rasa sejuk malah menemani setiap langkah penghuninya. Dikepung dengan flora dan fauna, tenaga harmoni sentiasa bersama-samanya setiap kali berada di rumah ini. Kata Nikky, “Setiap pagi, selain dapat menghirup udara segar kami juga ditemani bunyi kicauan burung. Apabila waktu senja dan malam, halwa nyaring cengkerik bersilih ganti, sesekali terdengar bunyi unggas, sungguh mendamaikan.”
Berganjak ke tingkat satu, pecahan ruang tamu dan ruang makan terpisah jauh. Di sebelah kanan menempatkan ruang tamu yang sering dijadikan ruang santai buat Nikky manakala ruang makan pula ditempatkan di sebelah kiri bersama dapur. Manakala tingkat paling atas dikhaskan untuk kamar utama dan anak-anak serta pembantu rumah. Menurut Nikky, dia selesa memilih perabot yang bersifat moden kontemporari buat ruang tamunya. “Kunci pemilihan perabot dan hiasan adalah praktikaliti dan tidak hanya terhad pada perabot berjenama semata-mata ataupun harga yang tertentu. Pada saya, perabot itu perlulah bersesuaian dengan mood kediaman dan mampu memberikan rasa keselesaan yang optimum kala ia bergabung dengan warna pastel yang memberikan rasa bebas tekanan.” Dinding juga tidak sibuk dengan warna yang terang sebaliknya selesa dibiarkan putih. Kontra daripada coklat warna kayu pada panel tetingkap dan perabot pula mencetus sensasi yang menenangkan. Elemen hijau tidak putus mengiringi kala percaturan perabot dan aksesori menjadi pelengkap setiap pojok. Lebih menarik, langsir telus cahaya yang setia di sisi tetingkap kayu, beralun lembut kala disapa angin. Sesekali ia terselak, cahaya UV terus singgah ke lantai lalu menyerakkan pantulan ke dalam rumah. Ruangan meja makan sedikit berbeza kala ia diserikan dengan lampu gantung yang berona merah menjerit. Pantulan cahaya nyata menarik mperhatian tetamu setiap kali bertandang. Sebagai pelengkap ruang bersantai, meja kayu solid memberikan nilai sentimental dan sekali gus membangkitkan selera gastronomi. Dikelilingi tetingkap yang lebar di setiap sudut, ruang paling penting ini tidak lelah disimbah cahaya matahari. Puncak perhatian pastinya menjadi milik tangga agamnya. Teguh dari tingkat bawah sehingga ke tingkat tiga, tangga ini diperbuat daripada kayu cengal yang begitu bernilai. Menariknya, ia sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang aksesori seperti pasu kaca atau karpet kerana ia tampak lebih natural dan sesuai dengan keseluruhan konsep rumah.
Sebelum pulang, krew GLAM Life sempat menjengah ke ruang paling digemari Erwan Datuk Azizi yakni suaminya. Berlabuh di ruang paling hadapan kediaman, ia bagaikan menyapa setiap tetamu yang tiba. Rona coklat gelap pada sofa kulit memberikan nada yang eksklusif membias sisi maskulin. Selain berfungsi sebagai ruang santai bersendirian dan bersama teman, ia turut dijadikan tempat untuk Erwan melakukan urusan perniagaannya.
[soliloquy id="48409"]
[soliloquy slug="glam-life-nikky-azura"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
