Home > Uncategorized > Koleksi ‘Paris In Rome’ Chanel kini di KLCC
Karl Lagerfield sekali lagi berkolaborasi bersama dengan pelakon terkenal, Kristen Stewart untuk kempen terbarunya, Metiers d’art Paris in Rome 2015/16. Kristen Stewart sebelum ini pernah menjadi wajah kempen Chanel untuk Metiers d’art Paris-Dallas 2013/14, koleksi kaca mata Spring-Summer 2015 dan koleksi beg tangan 11.12 serta turut menjadi wajah untuk koleksi eye makeup terbaru.
Untuk kempen Paris in Rome, Stewart dirakam di sebuah apartment di Paris dalam suasana yang mewah. Dia kelihatan menggoda dengan solekan smokey eyes, bergincu merah dengan gaya rambut, tousled bob. Bak pelakon wanita yang menggoda dalam filem Itali hitam dan putih, Stewart menayangkan sisi seksinya melalui siluet hitam dan putih lantas mencipta kontra. Koleksi gabungan renda dan kulit, tampak anggun dengan ceraian yang disokong aksesori saiz XXL.
Antara busana yang menarik perhatian ialah seluar ketat yang dijahit dengan ceraian lace kemudian dipadukan bersama two-toned mules. Seluar ini tampak lebih eksklusif digayakan dengan kot atau pakaian kulit.
Seperti tema untuk keseluruhan koleksi, ceraian lace turut dijahit pada skirt pensil dan digayakan dengan jaket sutera tulle bersulamkan manik-manik dan tampak lebih menggoda jika dipakai tanpa sebarang baju atau kain dibawah. Ia halus bergabung dengan sutera chiffon untuk digunakan sebagai pakaian harian mahupun dimodifikasikan menjadi dress dengan hiasan seperti butang atau black satin bows.
Koleksi ini juga turut memperkenalkan beg 2.55 versi baru. Koleksi beg tangan ini merupakan satu variasi elegan dari rumah fesyen ikonik ini dengan rekaan minimalis chic dan tarikan aura Paris. Satu lagi inovasi baru yang terus menyambung cerita mewah rumah fesyen ini.
Koleksi Paris di Rome kali ini memberikan rasa elegan dan aura feminin yang menggambarkan rekaan unik savoir-faire daripada Matiers d’art hasil kreativiti Karl Lagerfeld.
Koleksi ini boleh didapati di butik Chanel KLCC dari Jun 2016.
[soliloquy id="48574"]
[soliloquy slug="chanel-kristen-stewart"]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
test instagram
BY Nann
Aug 04, 2025
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
BY suhana
Sep 10, 2019
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, P...
BY Wan Firdaus
Aug 23, 2019
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benark...
BY Wan Firdaus
May 27, 2019
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Poli...
BY Wan Firdaus
May 17, 2019
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bin...
BY Wan Firdaus
May 15, 2019
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Sai...
BY Yusairi Fitri
May 13, 2019
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
