Related Stories
Teks: Amira Azman
Serik mendengar keluhan, “Mengapa kulit wajah saya semakin kendur?”, “Alamak, garis-garis halus sudah mula kelihatan!” “Apa perlu saya buat dengan wajah menua ini?” dan bermacam lagi. Penat mengeluh sahaja buat apa, segera lakukan sesuatu. Sebenarnya ada jalan penyelesaian, kita sahaja yang kena rajin mencarinya.
Siapa kata penjagaan wajah terutama apabila timbul isu penuaan ini harus mula dititik beratkan saat usia menjejak lewat 30-an? Sebenarnya kedutan sudah mula terlihat seawal usia 20-an kerana faktor-faktor sekeliling juga gaya hidup yang membuatkan hormon wajah dan badan lebih terangsang dalam pembentukan sel-sel ini.
Kedutan, perubahan pigmentasi serta tona kulit adalah sebahagian daripada perubahan yang terjadi akibat penuaan. Kajian juga mendapati lebih 80 peratus manusia yang memiliki kulit lebih tua daripada usia sebenar adalah kerana terdedahnya kepada pancaran sinar atau lebih dikenali sebagai radiasi ultra-violet atau photoaging.
Apakah Punca Penuaan?
Selain daripada alasan klise ia pasti akan dihadapi secara semula jadi oleh setiap manusia di muka bumi ini atau dalam terma perubatannya dipanggil penuaan Intrinsik. Ada penyebab lain yang menyebabkan faktor terjadinya penuaan ini lebih cepat daripada waktunya. Faktor utama adalah akibat daripada tekanan oksidatif iaitu kerosakan yang dialami oleh DNA, protein, lipid dalam tubuh yang disebabkan oleh oksida. Oksida merupakan bahan reaktif tinggi yang mengandungi oksigen. Oksidan (radikal bebas) ini selalunya terhasil saat kita bernafas. Ia juga boleh terhasil disebabkan keradangan, jangkitan dan juga pengambilan alkohol serta merokok. Di dalam terma perubatan, jenis penuaan ini dipanggil penuaan Ekstrinsik iaitu penuaan kulit pra-matang.
Penuaan Ekstrinsik ini tidak datang secara semula jadi, namun ia terjadi hasil daripada pengaruh gaya hidup seseorang itu. Antara penyebab paling utama penuaan pra-matang ini adalah akibat pendedahan terhadap sinar UV yang berlebihan. Maka, menyapu pelindung sinar pada kulit wajah dan badan amatlah penting setiap kali keluar rumah. Mungkin anda tidak akan nampak kesan wajah rosak dalam tempoh masa yang singkat. Akan tetapi, jika dibiarkan tanpa perlindungan, lama-kelamaan sel kulit akan rosak dari dalam dan kesan bintik gelap akan kelihatan akibat daripada pembentukan melanin
yang berlebihan.
•Belum terlambat untuk dibendung
Radikal bebas Ia adalah satu molekul yang tidak stabil di dalam sel dan berbahaya jika dibiarkan bebas merayap di dalam tubuh. Selain mempercepatkan proses penuaan, ia juga boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung, alzeimer dan strok. Gaya hidup adalah kunci utama yang menyebabkan terjadinya radikal bebas di dalam tubuh. Antaranya, terdedah kepada sinar terik UV matahari, merokok, pengambilan alkohol, gaya pemakanan serta bahan pengawet. Radikal bebas ini juga boleh merosakkan sel tubuh apabila tubuh kekurangan zat anti oksidan. Untuk mengelakkan penghasilan radikal bebas yang lebih banyak di dalam tubuh, seelok-eloknya ubah gaya hidup dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi pembiakan molekul yang tidak baik ini. Amalkan cara hidup dan pemakanan secara sihat. Buah-buahan serta sayur-sayuran adalah sumber antioksidan terbaik yang mampu memperlambatkan proses oksidasi.
• Ekspresi Wajah
Otot-otot di wajah setiap satunya memainkan peranan penting. Jika dahi sering berkerut, ia secara tidak langsung membuatkan keanjalan kulit semakin longgar dan kulit menjadi kendur lalu muncul garis-garis halus. Ekspresi wajah ini dikawal oleh kekuatan otot yang terbina. Maka, senaman muka memainkan peranan dalam mengelakkan munculnya tanda-tanda penuaan yang tidak diingini. Antara senaman muka yang boleh diamalkan adalah seperti meletakkan jari dibahagian dahi dan mengusap dengan urutan ke atas sebanyak beberapa kali. Selain itu, pada bahagian mulut pula boleh dilakukan senaman senyum lebar sambil membesarkan mata (semasa senyum). Ia mampu membuatkan struktur wajah tampak lebih kemas serta kulit menjadi lebih tegang dan anjal.
• Posisi Tidur
Setiap bentuk posisi tidur memiliki kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Namun, tahukah anda tidur terlentang boleh mengurangkanserta mengelakkan daripada munculnya tanda penuaan kerana bantal tidak menghimpit wajah. Tarikan graviti juga menarik tubuh ke bawah. Selain daripada mengurangkan tanda penuaan di wajah, ia juga dapat menegangkan payu dara. Jika kerap baring dalam posisi mengiring, ia boleh menyebabkan kedutan muncul di bahagian mata, pipi dan juga dagu.
• Tekanan
Tekanan kerja dan masalah boleh membuatkan diri murung serta menarik pelbagai lagi aura negatif ke dalam minda dan tubuh badan. Stres merupakan reaksi kimia yang membikin kulit menjadi lebih sensitif lalu menggangu pertumbuhan sel dalam tubuh. Jika pada bahagian muka, tanda penuaan yang paling ketara dapat dilihat akibat daripada faktor ini adalah pada dahi. Jadi, elakkan daripada mengalami stres yang berlebihan. Suntikkan postive vibes ke dalam diri dan lebihkan bergaul bersama teman-teman daripada melepaskan stres bekerja berseorangan.
• Jaga wajah dengan sebaiknya
Wajah yang tidak dicuci bersih juga mampu membuatkan kulit rosak. Jika rajin mengoles solekan, maka haruslah rajin juga mencucinya. Cuci sebersih-bersih agar tiada sebarang kotoran yang tertinggal yang boleh mengakibatkan liang pori tersumbat. Amalkan langkah yang betul dalam menjaga kecantikan wajah seperti mencuci, toner juga melembap wajah. Jika menyental wajah, lakukan dengan lembut dan jangan menggosok secara kasar. Ia sama juga dengan mengelap wajah menggunakan tuala sesudah membersih. Menyental dengan kuat mampu merengsakan permukaan kulit dan boleh menimbulkan garis halus dan kedutan terutama di lapisan kulit yang lembut. Jangan lupa juga saat keluar rumah di siang hari untuk menyapu pelindung sinar agar kulit wajah tidak rosak.
GLAM menyenaraikan produk penjagaan wajah untuk kulit kekal muda.
[soliloquy id="48620"]
[soliloquy slug="mengejar-kulit-kekal-muda"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

