Kediaman Inap Privasi Tiarasa Luxe
Fokus – Identiti Reka Bentuk Point 21
Video Selebriti x GLAM Deko – Kuiz Deko bersama Qi Razali & Nia Atasha
Diari Deko – Bingkisan Nostalgia
GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Resipi Kek Keju Blueberry – Upstairs Café, Subang

Resipi Kek Keju Blueberry – Upstairs Café, Subang

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)   ONE_4716 Bahan – bahan : Kerak kek   1 cawan biskut gandum berserat dihancurkan 2 sudu besar mentega tanpa garam ½ cawan gula perang ½ cawan kacang walnut dipotong kecil     Kek Keju   350 gm krim keju Philadelphia dilembutkan 2/3 cawan gula aising 2 sudu besar ekstrak vanila 3 cawan krim putar 4 sudu kecil gelatin tanpa perisa ¼ cawan air panas ½ cawan puri beri biru   Cara menyediakan :   Kerak Kek  
  1. Kisar biskut gandum berserat, mentega, gula perang dan kacang walnut sehingga adunan memejal dan mudah dibentuk.
  2. Masukkan adunan ke dalam dulang kek dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk.
  Kek Keju  
  1. Pukul krim keju bersama gula dan ekstrak vanilla sehingga sebati menggunakan tangan atau pemukul tangan elektronik.
  2. Cairkan gelatin ke dalam air panas dan biarkan sejuk seketika. Boleh juga gunakan gelatin kering.
  3. Apabila gelatin sejuk, masukkan ke dalam adunan keju dan pukul sehingga adunan mengembang dan gebu.
  4. Kemudian, masukkan krim putar dan kacau sehingga mesra.
  5. Tuangkan adunan keju ke atas dulang kek tadi.