Konsisten Dalam Penjagaan Wajah Untuk Kekal Muda Berseri
Tatkala usia muda melewati masa, keserian wajah adalah aset wanita yang tidak harus pudar bersamanya. Ingat, usia hanya pada angka, bukan pada wajah!
Proses penuaan
Realiti yang terpaksa dihadapi oleh semua wanita adalah penuaan. Mahu tidak mahu, kulit mula kelihatan berkedut, kulit menipis serta garis halus jelas kelihatan di raut wajah. Kedutan berlaku apabila zat yang membuatkan kulit tegang iaitu kolagen dan elastin mula rosak. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi serta kulit muka terdedah terhadap sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Pengamalan gaya hidup seharian seperti pemakanan yang tidak sihat serta aktiviti harian yang tidak konsisten juga adalah faktor berlakunya penuaan wajah.
Luangkan sedikit masa
Memanjakan diri dengan produk penjagaan kulit muka, terutamanya dikalangan wanita bekerjaya yang sering dikekang masa adalah sangat penting. Setiap produk yang digunakan mendatangkan hasil yang berbeza, bergantung pada bahan yang telah disuntik dalam kandungannya.Vitamin merupakan kandungan bahan yang perlu ada dalam mengekalkan kemulusan kulit wajah. Gunakan krim yang kaya dengan vitamin A seperti retinol, isotretinon dan tretinoin yang ditambah dengan formula pemutih. Walaupun penggunaan krim boleh menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia memberikan rangsangan dalam pembentukan darah yang lebih baik, seterusnya menyahkan sel-sel kulit mati untuk diperbaharui.
Kenali jenis kulit anda
Mengenali tekstur kulit amat penting terutamanya dalam pemilihan produk kecantikan seperti pencuci muka, penyegar, pelembap muka serta skrub. Elakkan menggunakan produk berlainan jenama kerana setiap jenama menggunakan bahan utama yang berbeza-beza. Penggunaan produk yang sesuai dengan kulit muka nyata memberi tindak balas yang positif pada muka. Pemilihan produk kurang sesuai dengan kulit tidak akan efektif. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu untuk mengenali masalah kulit yang dihadapi bagi menghindari kesilapan penggunaan produk kecantikan. Pelajari teknik urutan yang betul agar keberkesanan produk dapat dipertingkatkan.
Khasiat semulajadi
Disamping pengambilan produk kecantikan, air putih merupakan salah satu rahsia awet muda yang cukup mujarab! Tahukah anda bahawa kandungan hidrogen, oksigen serta mineral dalam air putih mampu mengekalkan kelembapan pada kulit muka? Jangan lupa mengamalkan minum air putih secukupnya dalam rutin harian. Kekurangan air putih merupakan faktor kulit muka tampak tidak bermaya, serta mempercepatkan proses penuaan.
GLAM senaraikan 5 produk anti-aging untuk wajah kekal muda berseri
[soliloquy id="49416"]
[soliloquy slug="konsisten-muda-berseri"]
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

