Kenali Masalah Kulit Anda Pada Setiap Peringkat Umur
Setiap wanita akan mengalami masalah kulit yang berbeza-beza seiring dengan usia yang semakin meningkat. Seringkali juga wanita menggunakan produk kecantikan yang tidak sesuai dengan masalah kulit yang dialami. Kenali masalah kulit anda untuk setiap peringkat umur supaya anda tidak menggunakan produk kecantikan yang salah.
Usia Remaja
Musuh utama buat mereka di usia ini adalah masalah jerawat. Ketika ini, hormon tubuh mula bertindak berleluasa setelah mencapai akil baligh. Masalah yang lebih teruk apabila kesan calar akibat jerawat ini yang harus diambil berat. Ajari diri untuk tidak menyentuh kulit muka jika tangan tidak dicuci sebetulnya. Elakkan daripada memicit kerana ini hanya akan membuatkan kulit luka dengan teruk. Mujur, kini pelbagai produk buat kulit seperti ini di pasaran dan kebanyakannya benar-benar membantu mengatasi masalah ini.
Usia 20-an
Walaupun darah masih muda pada ketika ini, kulit pula baru mula ingin mengenali dunia sebenar, terdedah dengan pencemarah persekitaran, namun saat inilah kulit bakal mula menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Hormon tubuh juga masih belum beraa dalam keadaan seimbang dan ramai yang masih tidak memahami dengan masalah kulit sendiri. Ini perkara normal! Namun, seeloknya, cegah kedutan-kedutan halus ini seawal yang boleh. Anda tidak mahu, wajah punya kedutan di mata akibat daripada terlalu asyik bekerja sampai tidak punya masa untuk diluang sendiri.
Usia 30-an
Peringkat umur ini sebenarnya masih awal juga untuk menunjukkan tanda-tanda penuaan, namun bagi para wanita berkerjaya terutamanya yang begitu sibuk menguruskan urusan harian tanpa memikirkan kesihatan kulit wajah, mampu membawa kepada kesan-kesan penuaan yang teruk seperti garis halus di bahagian dahi, mata serta mulut, benjolan di sekitar perut juga paha. Penampakan garis-garis urat pada sekitar wajah dan tubuh mula kelihatan serta-merta. Pada tahap usia ini, jika terus mengambil langkah pencegahan tiap kali kesan sampingan ini mula kelihatan adalah langkah yang terbaik kerana ia akan membantutkan isu ini buat jangka masa yang lama.
Usia 40-an
Banyak yang berpendapat bahawa kulit benar-benar bernyawa pada usia ini. Penampakan perubahan yang ketara mula dapat dilihat. Walau kesan penuaan mula dilihat sekitar usia 30-an, namun kesan yang lebih dramatik mampu dilihat pada ketika ini. Apabila kulit mula memberi reaksi seperti mula kendur akibat daripada tarikan graviti, hilangnya kenajalan kulit, garis kedutan muncul mendadak akibat tarikan daripada otot-otot sekitar wajah. Langkah terbaik di peringkat ini, adalah dengan lalui usia anda dengan bahagia dan tidak terlalu tertekan dengan perubahan yang dialami diri. Amalkan pemakanan yang sihat serta berkunjung ke pakar untuk mendapatkan solusi yang terbaik. Kebiasaannya, pada peringkat ini, pakar mencadangkan rawatan wrinkle filters sebagai solusi dalam menangani masalah garis serta kedutan pada muka. Brow lift juga antara pendekatan terbaik dalam mengembalikan bentuk wajah yang kendur. Rawatan laser juga sering menjadi bualan dalam merawat masalah kulit pigmentasi.
Usia 50-an
Langkah yang palingpenting apabila sampai pada peringkat umur ini, kesihatan diri harus diberi lebih perhatian. Rajinkan bersenam, mengamalkan diet seimbang serta mengadakan rawata pemeriksaan di hospital dengan kerap. Tahukah anda potensi menghisap penyakit kanser kulit amat tinggi pada usia ini? Seeloknya elakkan diri daripada terdedah dengan cahaya matahari terik.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

