Petua Tradisional Untuk Merawat Kulit Kusam Dengan Berkesan
Memiliki kulit wajah yang kusam boleh membuatkan kita untuk merasa kurang keyakinan diri dengan penampilan kita. Oleh sebab itu, ramai akan mencuba pelbagai produk di pasaran untuk mencari cara merawat kulit kusam yang berkesan dengan pantas.
Pada masa yang sama, ada beberapa petua tradisional untuk merawat kulit kusam yang anda cuba. Ia bukan sahaja menggunakan bahan-bahan semula jadi, ia juga mudah untuk dicari dan murah untuk dibeli. Namun sebelum ini, kita harus fahami mengapa terjadinya kulit kusam.
Kulit kusam disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan kulit menjadi tidak bermaya dan tidak berseri. Antara faktor-faktornya ialah:
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Caranya: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Solekan Mantap dan Berkilau Cara Peter Philips
NYFW: Model Marc Jacobs Tanpa Secalit Solekan
Cara “Layering” Produk Penjagaan Kulit Untuk Keberkesanan Maksimum
Tip Sebelum Bersolek Untuk Bakal Pengantin
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Signature Product of All Time
Clarins Skin Illusion Full Coverage Pilihan Sofea Shra Dan Iman Opie
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Caranya: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih. Namun begitu, sapu sedikit pada wajah terlebih dahulu untuk memastikan anda tidak alergik pada kedua-dua bahan ini sebelum menyapunya pada seluruh wajah.
Mengapa Kulit Boleh Jadi Menjadi Kusam & Kurang Bermaya?

Foto: Freepik
- Pembentukan sel kulit mati pada wajah boleh menyebabkan kulit kusam. Ia terjadi kerana penjagaan kulit yang tidak betul serta tidak menggunakan skrub wajah bagi membuang kulit mati ini.
- Pendedahan kepada pencemaran, sinaran UV dan cuaca yang teruk juga boleh merosakkan penghalang pelindung kulit, menyebabkan ia kurang berseri.
- Kulit kusam dan letih juga terjadi kerana anda tidak minum air yang cukup. Ini secara tidak langsung membuatkan kulit terasa kasar apabila disentuh.
- Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, kurang tidur, dan diet yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada kulit kusam kerana ia mengganggu proses pemulihan semula jadi kulit.
Petua Tradisional Sebagai Cara Merawat Kulit Kusam Berkesan
Ada pelbagai cara merawat kulit kusam yang berkesan, namun ia memerlukan sedikit kesabaran dan masa. Selain menggunakan produk-produk yang sedia ada di pasaran, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan tradisional ini sebagai alternatif. Ini kerana bahana-bahan semula jadi yang kami senaraikan bukan sahaja mempunyai manfaat tersendiri, ia juga murah dan mudah untuk dicari. Antara bahan-bahan tersebut termasuk:1. Lemon

Foto: Freepik
2. Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari. Caranya: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.3. Air kosong
Air tidak hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tampak bersinar dan tegang. Caranya: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.4. Pisang dan Madu

Foto: Freepik
See Also
5. Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah. Caranya: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai. Kulit kusam tidak semestinya akan kekal selama-lamanya. Sebaik sahaja anda memahami punca-punca ia terjadi, anda boleh cuba cara merawat kulit kusam berkesan ini. Yang paling penting ialah anda mengikut rutin kecantikan yang betul iaitu menanggalkan solekan sebelum tidur, mencuci muka, memakai pelembap dan krim pelindung matahari setiap hari. Dengan penjagaan kulit yang konsisten, wajah juga akan tampak lebih berseri dan menawan seperti yang anda idam-idamkan. Teks: Nur Sofea Artikel berkaitan: 5 Pilihan Produk Clean Beauty TerkiniAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
