Produk penjagaan rambut sehingga ke penjagaan kaki kini banyak didapati di pasaran. Ramai yang membeli produk-produk ini tanpa membaca atau mengetahui terlebih dahulu bahan kimia yang terdapat di dalam produk tersebut. Ada antaranya mengandungi bahan kimia yang mungkin tidak sesuai untuk anda. Trend terkini adalah dengan menggunakan produk yang berasaskan bahan organik.
Definisi organik
Apabila bertanya apakah itu organik, sudah pasti anda semua tahu maknanya iaitu bahan semulajadi yang natural tanpa sebarang kompaun sintetik. Ia sering kita dengar tidak kiralah sama ada pada makanan organik, ladang organik juga tidak ketinggalan tekstil organik. Namun kecantikan berasaskan organik bukan lagi suatu benda baharu. Sudah banyak jenama yang menjual produk kecantikan organik.
Mitos produk kecantikan organik
Antara mitos mengenai produk organik yang membuat ramai ragu-ragu menggunakannya adalah berkisar racun perosak. Ada pendapat mengatakan racun perosak yang disembur pada tumbuh-tumbuhan berkemungkinan kekal di dalam produk kecantikan itu. Usah risau, racun perosak akan hilang sewaktu proses pensterilan yang bertindak membuang segala kuman bakteria juga hama.
Kebaikan produk kecantikan organik
Banyak perbezaan di antara produk bebas toksik ini dengan timbunan produk lain yang sedia ada di pasaran. Antaranya, produk organik yang dihasilkan para saintis tidak dikaji ke atas haiwan kecuali lilin lebah, madu lebah, susu lembu juga propolis kerana ia tidak membahayakan haiwan-haiwan ini.Tumbuh-tumbuhan organik mengandungi elemen yang lebih berharga. Menurut kajian di Universiti California, buah beri juga jagung yang ditanam secara organik mengandungi lebih 58 peratus polifenol juga antioksida semula jadi yang membantu mencengah penyakit jantung juga kanser. Produk kecantikan organik tidak mengandungi bahan pengawet daripada kompaun paraben seperti propyl, methyl juga ethyl. Bagi mendapatkan sijil sah produk organik, mereka harus menepis kesemua bahan pengawet yang membahayakan ini. Jadi, ternyata para pengguna tidak perlu khuatir akan produk organik ini.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

