Setiap kali hari Jumaat, pasti semuanya akan bersorak kegembiraan kerana ini menandakan hujung minggu bakal tiba. Walaupun anda penat bekerja, jangan sesekali biarkan hujung minggu anda jadi membosankan. Cuba aktiviti yang menyeronokkan untuk menghilangkan segala penat-lelah. GLAM senaraikan lokasi yang boleh anda kunjungi untuk berehat di hujung minggu.
Percutiaan dua hari satu malam
Percutian Eko
Serendah, Selangor antara lokasi yang mempunyai tarikan pelancongan eko yang cukup menarik. Keindahan air terjunnya pasti akan membuat anda teruja. Anda boleh bermalam di Sekeping Serendah yang jaraknya hanya lima minit dari bandar Serendah. Di sini memang cukup tenang dan anda juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan rasa seperti tinggal di hutan namun masih mempunyai keperluan lengkap. Lagi seronok sekiranya anda merancang percutian ini bersama teman-teman. Anda boleh mengadakan akiviti barbeku di tepi kolam renang.
Relax in The City
Bagi anda yang tidak minat dengan percutian di luar bandar, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk check-in dan bermalam di Ascott Sentral, Jalan Tun Sambanthan dan memanjakan diri anda dengan perkhidmatan yang disediakan. Anda juga boleh mengambil peluang untuk mengunjungi tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang tidak dapat anda lakukan kerana kesibukan bekerja seperti Jalan Masjid Jamek, Muzium Coklat, Bandar Roti High 5 dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai, anda boleh sahaja keluar membeli-belah atau bermalasan di hotel. Bersantai sambil membaca di tepi kolam renang juga aktiviti yang menarik.
Percutian sehari semalam
Berkunjung ke Genting Highlands
Lokasi hangat dengan pelancong ini hanya mengambil masa 45 minit dari Kuala Lumpur. Ambil angi sejuk sambil merakamkan memori buat kenang-kenangan. Anda juga boleh singgah di restoran Bubbles & Bites yang terletak di Resorts World Genting yang menghidangkan hidangan pasta dan anda boleh lihat sendiri cara ia dimasak.
Aktiviti Lasak
Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, rancanglah aktiviti bersama teman-teman untuk mendaki bukit. Di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ada banyak likasi untuk aktiviti seperti ini. Paling dikenali adalah Bukit Broga, atau dikenali juga dengan nama Bukit Lalang. Terletak 40 minit dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Broga mempunyai tiga puncak kesemuanya. Selain mendaki bukit, anda juga boleh merakam gambar. Selain dari Bukit Broga, anda juga boleh kunjungi Bukit Putih atau Bukit Apek, Cheras. Jika anda mahu menikmati keindahan alam yang tenang, anda boleh meneruskan perjalanan sehingga Bukit Saga, Ampang. Anda bakal terjumpa air terjun nanti!
Sumber: Cosmopolitan
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

