Bella Hadid Menang Anugerah Hugo Boss Model of the Year
Pengalaman 12 Tahun Melonjakkan Idayu Sebagai Juara AF Megastar
Vibe Sci-fi Kempen Kendall Jenner Buat Adidas
Chrissy Teigen “Mengaku” Menjalani Pembedahan Plastik
Cameron Diaz dan Benji Madden Kahwin Mengejut
Home > Uncategorized > Blogger Terus Dikritik oleh Editor Ternama

Blogger Terus Dikritik oleh Editor Ternama

Dari kiri: Bryanboy dan Susie Bubble

Dari kiri: Bryanboy dan Susie Bubble

 

 Baru-baru ini beberapa editor Vogue menghentam bloggers dan influencers yang hadir ke Milan Fashion Week (MFW). Mereka berpendapat bahawa golongan bloggers dan influencers “merosakkan” imej Minggu Fesyen melalui gaya jalanan, kegilaan untuk memuat naik perkembangan terkini di laman sosial selain dibayar untuk menggayakan baju dari jenama tertentu.

 

Editor-editor Vogue berpendapat mereka tidak meraikan semangat fesyen yang sebenar dan hanya mengutamakan tentang jumlah ‘like’ di laman sosial. Sarah Mower, pengkritik utama Vogue.com turut menggelar pelakuan bloggers dan influencers ini sebagai ‘menyedihkan’.

 

Walaubagaimanapun, OG (original gangsters) bloggers Susie Bubble dan Bryanboy bersuara dengan melawan kritikan editor-editor Vogue menerusi Twitter dan Instagram.  

https://twitter.com/bryanboy/status/780314263344844800 https://twitter.com/bryanboy/status/780320018152165376 https://twitter.com/bryanboy/status/780321398719913984   Pengarah Kreatif Digital Vogue, Sally Singer dalam kenyataannya menyuruh penulis-penulis blog ini untuk mencari bisnes atau karier lain daripada sibuk bergambar untuk gaya jalanan sewaktu Minggu Fesyen berlangsung.

 

“It’s a schizophrenic moment, and that just can’t be good. (Note to bloggers who change head-to-toe, paid-to-wear outfits every hour: Please stop. Find another business. You are heralding the death of style).”

 

 Ironi kritikan terhadap bloggers dan influencers adalah Vogue sendiri mempunyai ruangan gaya jalanan dalam majalah dan laman web mereka yang digemari pembaca.   https://www.instagram.com/p/BK3EBxpDCvt/?taken-by=bryanboycom   Oleh: Lylatul Qadrina