Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Tip Memilih Material Kabinet Dapur
Kabinet dapur antara item yang membantu menaikkan nilai penjualan sesebuah unit kediaman. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, ruang penyimpanan dan kos. Bagi memudahkan pencarian material dan reka bentuk kabinet dapur, GLAM Deko menyenaraikan jenis bahan diikuti kebaikan dan keburukkan utuk kabinet siap dipasang.
1. Kayu Padu (Solid Wood)
Tampil lebih kukuh dan tegap, kabinet jenis ini sesuai dibina menggunakan kayu nyatuh. Kabinet turut disokong kayu venir dan papan lapis. Daun pintu boleh dibina menggunakan kayu padu atau venir.
Kebaikkan –
Material kayu menawarkan pelbagai reka bentuk dan warna. anda boleh memilih warna cat atau mahu mengekalkan kemasan kayu asli dengan kesan garisan ira. Material jenis ini hadir dalam reka bentuk siap atau separa siap. Selain, kelihatan kukuh, kayu kekal berzaman lamanya tanpa kelihatan outdated. Malah, kesan calar yang bakal wujud juga mudah dibaiki. Jika bosan, hanya tukar warna cat kabinet.
Keburukan –
Kelembapan menyebakan pintu kayu mudah meleding (kembang). Gunakan air suam bersama air sabun untuk mencuci kotoran. Wax kayu membantu menyamarkan kesan calar.
2. Campuran Kayu Terpakai
Kabinet dibina daripada campuran jenis kayu terpakai dan bahan kitar semula. Kebanyakkannya, menggunakan buluh, hampas pelbagai jenis kayu nipis, wheatboard dan juga sisa kulit buangan daripada pengeluar kasut.
Kebaikkan –
Kabinet kayu terpakai bersifat mesra alam, sekaligus mengurankan kesan karbon di kediaman.
Keburukkan –
Mahal.
3. Laminate
Venir terdiri daripada lapisan kertas dan resin plastik yang diikat pada papan lapis atau partikel papan. Laminate sukar dibentuk, jadi kebanyakkan reka bentuk pintu direka rata dan licin. Laminate cukup popular sebagai bahan kabinet dapur di negara kita kerana variasi warna dan jenis kemasan tekstur; matte atau berkilat.
Kebaikkan –
Harga berpatutan dan tahan lama. Laminate tidak mudah rosak dan kotor.
Keburukkan –
Kesan calar, serpih tidak boleh disembunyikan atau dibaik pulih. Kesan cap jari juga mudah melekat di sekitar permukaan kabinet.
4. Thermofoil
Diperbuat melalui teknik pemanasan vinil, thermofoil mengandungi serat kayu yang dimampatkan (MDF). Kabinet jenis thermofoil menawarkan pelbagai jenis reka bentuk.
Kebaikkan –
Harga berpatutan dan variasi reka bentuk dan warna kabinet.
Keburukkan –
Kabinet jenis thermofoil sukar dibaik pulih jika ada kerosakkan. Lapisan thermofoil juga boleh terpisah apabila terdeah pada haba. Tidak sesuai digunakan untuk ruang ketuhar, ketuhar gelombang mikro. Melainkan, dengan meletakkan plat tahan haba.
5. Metal
Metal yang digunakan adalah jenis tahan karat (stainless steel), legap dan tahan calar. Secara peribadi, saya pilih bahan jenis ini kerana mudah diselenggara, tidak mudah ditelan zaman, serta kelihatan cukup kukuh dan tentunya stailish! Sesuai bagi yang mahukan ruang dapur berkonsep industrial.
Kebaikkan –
Anda boleh memilih mahukan kemasan metal jenis legap atau berkilat. Legap kelihatan lebih elegan dan mewah. Sukar untuk mengesan cap jari, tahan lasak (bagus untuk mereka yang gemar memasak), serta tahan haba dan lembapan.
Keburukkan –
Kos yang mahal. Mudah calar.
Gambar : Google.

Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026