Home > Personaliti > Fazura Utamakan Kebahagiaan
Ini bukan kali pertama saya bertentang mata dengan si cantik Fazura. Betapa waktu telah mematangkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin. Melihat personalitinya, dia masih manis seperti dulu. Lembut perwatakannya, baik budi dan percaya atau tidak, dia memang murah senyuman malah kemesraannya saya yakin bukan dibuat-buat. Cuma bicaranya semakin matang memikirkan soal masa depan agar lebih terjamin. Kini Fazura menambah satu lagi profil dalam resumenya, mengorak langkah sebagai usahawan mengusahakan kedai pakaian sendiri.
Pagi itu, Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-17 ini menyarung sepatu Christian Louboutin enam inci, bersedia untuk beraksi di depan lensa. Persalinan dari koleksi musim luruh Chanel melekap cantik pada tubuhnya. Kebetulan label Paris berkenaan
salah satu jenama paling digemarinya malah tas tangan yang dibawanya hari itu juga daripada Chanel. Senang cerita, Fazura ini memanglah the Chanel girl!
THE NEXT FASHION ICON?
Jelas Fazura, kalau sudah berkenan di hati, dia tidak kisah murah atau mahal. Tidak banyak berbelanja pada pakaian, Fazura sebenarnya penggemar aksesori. “I’m a bling kind of girl. Saya boleh berhias gah dengan aksesori sarat Oscar de la Renta ataupun sekadar tampil ringkas bersama subang stud pun sudah cukup bagi saya.” Bab kasut, semua sedia maklum kesukaannya. Berapa pasanglah agaknya koleksi Christian Louboutin yang Fazura ada, kami sengaja mengusik. “Tak adalah. Ini pun dah lama,” ujarnya merujuk kepada Louboutin yang sedang disarungnya.
Suka memakai dress, skirt labuh dan sering kali menyarung leggings. Cerita Fazura, dalam geroboknya penuh leggings pelbagai warna, corak dan rekaan. Setiap kali melangkah keluar rumah, dia takkan lupa membawa bersama kaca mata hitamnya, telefon bimbit dan glos bibir. Tambah Fazura lagi, dia ringkas sahaja orangnya. Simple and chic. Tetapi pembantu peribadinya menggambarkan gaya Fazura agak grunge!
Ya, Nur Fazura bukan sahaja hebat sebagai aktres dan dipuja kerana kecantikannya, dia turut terkenal kerana memiliki selera fesyen yang tinggi. Bijak menyaring jenama mewah yang selari dengan pendirian stailnya, penampilan Fazura senantiasa ditunggu-tunggu. Pada April lalu, mata tertancap menatap gambar-gambar Fazura yang tangkas dimuat naik di facebook dan twitter. Penampilannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 paling berkesan, hangat diperkatakan sebaik kelibatnya terlihat. Percaturan Fazura kala itu tepat sekali apabila memilih untuk melangkah ‘segak’ dalam sut tuksedo labuci siap bow tie ciptaan Rizman Ruzaini. Rambut disanggul kemas, bibir merah menyala menjadi titik tumpu.
“Bagi majlis anugerah, saya memang menjangka ramai akan muncul menyarung gaun labuh menyapu lantai. Terdetik dalam hati, rasa klise pula nak bergaun. Jadi untuk menyuntik kelainan, saya beritahu Rizman dan Wan Ruzaini yang ABP tahun ini saya ingin memakai sut. Sebagai penyampai anugerah malam itu, saya mahu lari dari kebiasaan!” Fazura senang sekali bekerjasama dengan Rizman Ruzaini. Malah, Fazura ada menjual rangkaian fesyen hasil kolaborasinya bersama Rizman Ruzaini secara eksklusif sewaktu pelancaran butiknya.
HOUSE OF DOLL
Fazura bukan sekadar berbakat menyuai padan pakaian paling sesuai buat dirinya. She has gift for designing too. Dari dunia lakonan ke dunia fesyen, transisi itu tidak sukar buatnya kerana Fazura memang minat berfesyen malah pernah menuntut dalam bidang fesyen sebelum namanya melonjak sebagai pelakon. Memilih membuka butik bukan kerana dirinya berstatuskan selebriti. Sudah dua tahun dirancangnya, cuma baru kini berjaya direalisasikan. “Semuanya bergantung pada rezeki. Saya sudah lama suka fesyen dan berhasrat menjadi pereka fesyen. Begitu pun, tawaran berlakon yang bertandang dahulu. Tak apalah, fesyen dan lakonan juga seiring dan saling melengkapi.”
Impian membuka House of Doll akhirnya menjadi kenyataan. Fokus Fazura kini hanya pada butiknya di Bangsar. Tidak hairanlah jika anda sering melihat kelibat Fazura di sana. House of Doll laksana cerminan kepada selera fesyen Fazura. Ia dilahirkan mewakili diri Fazura. Ibarat melangkah masuk ke boudoir peribadi Fazura yang penuh dengan lemari pakaian, koleksi yang dihidangkannya bagai memanggil-manggil. Ada beraneka rekaan, satu rak penuh jaket labuci dan tweed, ada para-para bertingkat buat menyimpan aksesori gerek.
Penampilan Fazura menjadi ikutan dan kini tiba giliran Fazura pula berkongsi gaya dengan peminat-peminatnya. Selepas ini dia mahu menghasilkan ready-to-wear yang menepati saiz tubuh wanita Asia. Keyakinan berkarya sangat penting. “Saya suka bermain warna dan bereksperimen dengan corak. So fun! Seandainya pelanggan datang, saya galakkan mereka memilih yang berwarna dan beraneka corak. Ternyata mereka mudah menerima.”
Dari mana dia peroleh ilham, jawab Fazura, “Inspirasi boleh diperoleh dari mana-mana. Dengan menonton persembahan atau filem, meninjau orang ramai di jalanan, lihat alam semula jadi seperti pokok pun mampu mendatangkan sumber inspirasi. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar,” ujar Fazura yang mengagumi penampilan Cate Blanchett kala di permaidani merah.
Sewaktu majlis Anugerah Stail EH! baru-baru ini, Fazura diundi peminat sebagai Selebriti Paling Bergaya. Hadirnya dalam dress multiwarna, rekaan pereka kegemarannya kini, Mary Katrantzou yang dibelinya di Singapura. “Sebenarnya saya ingin memakai baju Prabal Gurung ke majlis itu, tapi last minute saya rasa macam fesyennya sedikit seksi pula. Terus saya sarungkan saja Mary Katrantzou.” Tambah Fazura, “I love fashion and that’s how I express myself.”
SUNGGUH RUPAWAN
Fazura nampak cantik, setiap waktu dan di mana-mana saja. Tidak hairanlah Fazura didambakan dua produk seperti Nutox dan Lux sebagai duta kecantikan mereka. Tiada petua tertentu atau rawatan wajah dilakukan Fazura. Tiada solekan tebal pada hari-hari biasa melainkan ada acara rasmi. She is a zero-makeup kind of girl. Katanya, sayangilah wajah dan hargai kecantikan semula jadi. Tak perlu bersolek selalu untuk sempurnakan diri. Hari-hari biasa Fazura, cukup dengan krim pelindung matahari Nutox dan secalit gincu. Rasa bebas agaknya apabila dapat meraup muka, menjamah mata dan membelai rambut tanpa bimbang merosakkan solekan dan dandanan rambut.
Seandainya berdandan sendiri, Fazura gemar menumpukan bahagian mata menggunakan jenama kesukaannya Nars dan M.A.C. “Percaya tak, saya bersolek sendiri sahaja setiap kali ada jemputan kecuali memenuhi acara besar yang dirasakan memerlukan bantuan jurusolek profesional. Bagi saya penjagaan rambut juga amat penting. Saya memilih Furterer untuk rawatan. Bila rambut sihat dan terdandan elok, diri rasa lebih yakin!” ujarnya dalam tawa.
Bagi sesetengah wanita, mahu memiliki tubuh cantik perlu disiplin tinggi. Bagi Fazura mudah sahaja, dia tidak berdiet namun memilih amalkan pilates dan jauhi minuman sejuk. Bak katanya, “Ice is the ‘devil’ for women!” Fazura memilih minum air panas dicampur lemon, teh herba atau Japanese green tea. Jus oren pula untuk menyerap khasiat atau vitamin bagi kulit cantik.
TINGGALKAN DUNIA SENI
Fazura juga nampaknya sudah kurang beraksi di depan kamera. Selain cerewet memilih skrip berkualiti, mungkinkah Fazura berkira-kira meninggalkan dunia lakonan tidak lama lagi? Jawab Fazura, semestinya selepas berumahtangga kelak, dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.
LAMARAN FILEM
Ternyata semua peminat teruja menantikan apakah selanjutnya fasa dalam hidup Fazura. Sementelah, dia pelakon cantik berbakat yang mendapat perhatian pada awal kemunculannya sehingga kini. Biarlah muncul seramai mana pelakon baru, Nur Fazura tetap hanya satu. “Sekarang saya agak cerewet memilih. Salah satu sebab, tawaran yang datang tak beri mesej bagus. Balik-balik watak pelacur yang sudah ketinggalan.”
Kali pertama berlakon filem Bicara Hati sudah dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan. Watak paling berkesan dan digemari remaja pastinya sebagai Putri dalam drama dan filem Gol & Gincu. Selain berlakon dia juga VJ dan hos TV. Fazura bijak menghidupkan watak lakonannya. Kataya, dia akan mengubah skrip mengikut kesesuaian dan munasabah. Sesetengah pelakon lebih cenderung memiliki rumah produksi sendiri. Walau sudah memiliki butik, Fazura tidak menolak kemungkinan mahu bergelar penerbit pula.
Here she comes, in a flirty black dress. Busana ketiga daripada Chanel mengakhiri sesi fotografi petang itu. Tidak pernah kenal erti lelah, itulah Fazura. Kerja kerasnya kini menampakkan hasil. Tiga hasrat paling besar mahu dicapai Fazura adalah menjadi isteri solehah, ibu solehah dan sukses dari hasil usaha sendiri.
Kehilangan bapa pada usia 16 tahun menjadi pengalaman paling duka dalam hidup. Mungkin itu membangkitkan kecekalan di jiwa Fazura. Keluarga adalah segala-galanya. Pengajaran dalam kehidupan sepanjang menjadi anak seni, tidak sekali-kali mempercayai orang lain kecuali ahli keluarga seperti adik-beradik dan diri sendiri. Ditanya saat paling bahagia… Fazura termenung sejenak kemudian melemparkan senyum manis. “Every day I will make sure I am happy,” ujarnya yakin.
Definisi kebahagiaan bagi Fazura adalah solat yang khusyuk. Seandainya hari ini hari terakhir dia di muka bumi ini, Fazura mahu menempah tiket ke Mekah menghabiskan waktu bertaubat di atas segala dosa-dosa dan berdoa untuk ahli keluarga yang telah pergi seperti arwah bapa, buat ahli keluarga seluruhnya dan diri sendiri.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
