fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jurufoto Ternama Mario Testino and Bruce Weber Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual Daripada Model Lelaki
Menawan & Jelita! Say Hello To New Victoria’s Secret Angels!
Gisele Bundchen Besara Dari Pentas Peragaan
Zac Posen Juga Enggan Menggayakan Melania dan Ivanka Trump
Ikrar Taylor Swift Selepas Menang Kes Raba, Mengumpul Dana Buat Mangsa Serangan Seksual
Home > Uncategorized > Michelle Yeoh Bakal Membintangi Star Trek

Michelle Yeoh Bakal Membintangi Star Trek

She makes us proud yet again!

 

 

Filem terbaru trilogi Star Trek, yakni Star Trek: Discovery telah menemui pelakon utama mereka, tidak lain, tidak bukan, rupawan kebangaan negara, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh! Telah sekian lama sesiapa pun mendengar khabar tentang filem itu sejak pengumumannya, sehinggalah beberapa hari lalu!

 

Penerbit, Nicholas Meyer mengesahkan bahawa Michelle bakal membintangi filem itu. “Yang saya tahu, Michelle Yeoh akan memegang sebuah watak”, kata penerbit itu tanpa mengulas berlebihan. Desas-desus mengkhabarkan bahawa beliau bakal membawa watak utama, iaitu seorang Lieutenant Commander, walaupun tiada pengumuman rasmi dari pihak mereka.

 

Michelle, yang terkenal dengan wataknya dalam filem Crouching Tiger dan sebuah filem James Bond, sememangnya terkenal dengan sikap yang sering mencabar dirinya; beliau melakukan kebanyakkan aksi-aksi lasak sendiri tanpa pertolongan pelakon bantuan lain.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah