Tengku Mahkota Kelantan Selamat Diijabkabul Bersama Sofie Louise Johansson
Debut Lila Moss Sebagai Model Menyambung Legasi Kate Moss
Irina Shayk Dikecam Kerana Foto Terbarunya Di Instagram
LV Goes To Rio!
Kendall dan Kylie Jenner Disaman Kerana Koleksi Vintaj mereka
Home > Uncategorized > Chanel No.5 Bakal Dihentikan?

Chanel No.5 Bakal Dihentikan?

 

Fashion house terkemuka Chanel mengeluarkan surat dengan kenyataan bahawa mereka akan menutup perfumery mereka di Grasse kalau rancangan untuk membina laluan kereta api oleh sebuah syarikat bernama SNCF diteruskan.

 

Syarikat tersebut ingin membina satu laluan kereta api kelajuan tinggi melalui ladang perfumery terkenal Chanel di Grasse.

 

Dalam satu surat terbuka Chanel telah “mengugut” untuk menutup perfumery tersebut yang mengekalkan bau kebungaan wangian terkenal tersebut. Sedozen ros May dan 1000 bunga melati digunakan untuk setiap botol 30ml Chanel No.5.

 

“Pembinaan jejambat dan laluan kereta api kelajuan tinggi melalu kawasan padang bunga ini memaksa Chanel untuk menghentikan sokongan aktiviti artisanal di kawasan tersebut,” nyata Chanel dalam suratnya menurut Vogue UK.

 

Dalam kenyataan itu juga Chanel menyatakan bahawa bunga-bunga yang dituai di padang tersebut adalah istimewa dan amat diperlukan untuk penghasilan wangian Chanel. Bunga-bunga di kawasana itu jug digunakan untuk menghasilkan wangian Chanel yang lain seperti Coco, No.5 Eau Premiere dan No.5 yang dikeluarkan pada tahun ini.

 

Wangian ikonik Chanel No.5 itu dikomisikan oleh Coco Chanel sendiri pada tahun 1921 dan dihasilkan oleh Ernest Beaux.

 

Syarikat kereta api tersebut mengularkan kenyataan mereka sendiri dengan alasan bahawa laluan tersebut akan memudahkan orang ramai dan juga pelancong untuk berulang-alik dari Marseille dan Nice.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid