KKW Beauty Habis Dijual Sekelip Mata!
Amanda Seyfried Bakal Timang Cahaya Mata
Chloë Grace Moretz Memohon Maaf Berkenaan Poster Filem Terbarunya
Adam Levine Batal Konsert Maroon 5 Demi Behati
Beyoncé Mengumumkan Biasiswa Formation & Bakal Membeli Rumah $120 juta
Home > Uncategorized > Rihanna Tidak Mahu Dilagakan Dengan Beyonce

Rihanna Tidak Mahu Dilagakan Dengan Beyonce

Semalam industri muzik gempar dengan senarai calon-calon untuk 59th Annual Grammy Awards tahun hadapan dengan Beyoncé memegang rekod pemuzik wanita dengan pencalonan terbanyak dalam sejarah Grammy Awards dengan 9 pencalonan, diikuti oleh Rihanna, Drake, dan Kanye West dengan 8 pencalonan.

 

Percanggahan pendapat antara peminat-peminat merupakan budaya biasa dalam dunia sosial media di mana ada yang akan merasa tidak adil dengan keputusan yang dibuat oleh industri atas beberapa sebab dan selalunya akan menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak.

Kali ini penyanyi itu sendiri yang bersuara meminta peminat-peminat untuk tidak menjadikan perkara ini sebagai satu isu. Penyanyi tersebut is none other than Rihanna. Rihanna bersuara apabila ternampak satu post yang dikongsikan oleh fanpagenya @rihannagang_.

 

Post yang dibuat oleh peminat Rihanna itu mengucapkan tahniah kepada Rihanna untuk 8 pencalonnya tetapi apa yang dikatakan mereka seterusnya membuatkan Rihanna bersuara untuk tidak mengeruhkan keadaan.

 

24228-1

Chill, guys!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid