fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Brad Pitt Bersuara Buat Kali Pertama Selepas Perceraiannya
Ucapan Meryl Streep Yang Menyentuh Perasaan di Golden Globes
Carolina Herrera Bersuara: Fesyen Orang New York Buruk!
Versace Dibeli Oleh Michael Kors Pada Nilai RM8.6 Bilion
Gerak-geri Kembar Olsen Kini
Home > Uncategorized > Katie Cassidy Akhirnya Bertunang!

Katie Cassidy Akhirnya Bertunang!

 

Pelakon yang memainkan watar Laurel Lance dalam siri Arrow, Katie Cassidy akhirnya bertunang bersama teman lelakinya, Matthew Rodgers.

 

Pelakon jelita berambut perang itu mengumumkan berita gembira tersebut melalui sebuah foto yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya semalam. “Saya gadis paling bertuah dalam dunia!”, tulis Katie buat kapsyen foto tersebut.

 

 

Matthew bertanyakan soalan pertunangan itu bersama sebentuk cincin berlian. Katie mendokumentasi percutian mereka berdua di perpulauan Afrika Timur berdekatan Mauritius sejak beberapa hari yang lalu. Katie merupakan anak perempuan kepada pelakon David Cassidy. Namun demikian, hubungan antara pasangan bapa dan anak ini renggang sejak kebelakangan ini.