Tips Untuk Rambut Anda Daripada Instagram
GLAM Kongsi 5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
Strategi Hindari Kedutan Pada Wajah
5 Krim Pelembap Wajah Perlu Ada Bulan Ini
GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!
Home > Cantik > 3 Gaya Kecantikan Signatur Kate Middleton

3 Gaya Kecantikan Signatur Kate Middleton

Duchess of Cambridge sememangnya sering menjadi buah mulut utama wanita. Bukan sahaja kerana beliau menikahi putera raja kepada mahkota United Kingdom Putera William, atau kerana beliau dikurniakan dua zuriat yang comel belaka, tetapi khususnya kerana kecantikan dan gaya peribadinya yang elegan!

 

Kate Middleton kian menjadi antara wanita sofistikated yang menempa nama dalam dunia fesyen kini, dari look elegan di acara karpet merah dan stail personal yang menjadi trend hinggakan vibe glamor yang dipancarnya. Berikut merupakan tiga daripada gaya signatur bakal Permaisuri United Kingdom ini.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
 

1. Persolekan Manis Minima

  Terkenal dengan citarasa beliau yang unik, Kate seringkali menggayakan look dengan solekan minimal agar beliau tidak kelihatan terlalu berat. Feel mekap kesukaan rupawan ini adalah rona neutral bersama dandanan ringkas. Kate bijak bermain dengan imbangan visual agar ilusi yang diberi pelihat senantiasa buatnya kelihatan chic, tanpa berlebihan.  
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse