Kim Kardashian Gunakan Ibu Tumpangan?
Kim Kardashian dikhabarkan mahu zuriat ketiga bersama suaminya, Kanye West. Pasangan tersebut sudah dikurniakan dua orang zuriat, North, 4 tahun dan Saint, 18 bulan.
Desas-desus berkata bahawa Kim sukar hamil kerana beliai memiliki plasenta accreta, dan penyakit ini boleh meragut nyawa wanita yang hamil. Pasangan royalty Hollywood tersebut telah memutuskan bahawa mereka akan memilih untuk menggunakan ibu tumpangan dan telahpun ke sebuah agensi khas buat prosedur itu.
Ini bukan kali pertama keadaan Kim akan hamil diletakkan di bawah mikroskop umum: dalam satu episod Keeping Up With The Kardashians, Kim telah berkunjung ke sebuah klinik sakit puan dan doktor yang bertugas, Dr. Paul Crane berkata bahawa beliau menghidap toxemia dan mempunyai plasenta yang tidak normal — kedua-duanya memberikan kesan negatif kepada badannya lantas kebarangkalian Kim dikurniakn satu lagi zuriat adalah tipis.
Selepas dinasihatkan oleh Kourtney Kardashian, kakaknya, Kim kemudian berjumpa bersama seorang pakar kesuburan, Dr. Huang bagi mendapatkan pendapat kedua. Beliau juga berkata bahawa Kim bakal menghadapi kehamilan berisiko tinggi jika beliau tetap mahu teruskan.
See Also
Mungkinkah Kim inginkan keluarga yang besar kerana beliau dibesarkan sekitar suasana tersebut? Kim dan Kanye masih berdiam diri akan isu ini.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
