Bouchra Jarrar Mengundurkan Diri Daripada Lanvin Selepas 16 Bulan
Selepas 16 bulan berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama Perancis dan dua koleksi, Lanvin, Bouchra Jarrar membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.

Jarra sewaktu pertunjukan terkahirnya untuk Lanvin.
Foto: Jonas Gustavsson
Jarrar telah menggantikan tempat Alber Elbaz yang sudah mengemudi House Lanvin selama 14 tahun sebelum meninggalkan jenama tersebut akibat perselisihan faham bersama CEO Lanvin.
Rekaan dan sentuhan Jarrar menampakkan perbezaan yang ketara daripada legasi Elbaz dalam usaha pereka wanita itu untuk membangkitkan semula jenama itu yang sedang menghadapi kemelut kewangan yang merundum.

Foto: Panoramic via ZUMA Press
Menurut BoF, pendapatan tahunan mereka terus berkurangan sepanjang tahun 2016.
Jarrar menyertai House Lanvin tatkala situasi sedang genting kerana beberapa individu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka selepas Elbaz dipecat menyebabkan perpecahan dalam kalangan pekerja di Lanvin.
Dia sendiri pernah berdepan dengan tentangan daripada beberapa individu Lanvin dan mengaku bahawa sukar untuknya bekerja jika dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya.
Tidak lupa juga apabila Jarrar menyertai Lanvin, dia merupakan salah seorang pereka wanita yang sudah mula mengambil jawatan besar dalam jenama-jenama besar seperti Maria Grazia Chiuri di Dior, Clare Waight Keller kini di Givenchy, dan Natacha Ramsay-Levi di Chloé.
A post shared by Bouchra Jarrar (@bouchra_jarrar) on
“One page turns, another will open.”
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
