Essential Wardrobe Idea Bernas 2021
Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach
Marc Jacobs x Vans Kolaborasi Paling Abstrak 2017
Jangkaan Trend Fesyen Bagi Menjelang Tahun 2025
Givenchy ke Marikh Untuk Kempen Terbaru
Home > Fesyen > Keanggunan Yuna Diabadikan Vogue!

Keanggunan Yuna Diabadikan Vogue!

Penyanyi tersohor kebanggaan tanah air, Yuna sekali lagi mengejutkan peminat-peminat di seantero dunia — She’s in Vogue!     Kemunculan Yuna dalam majalah Vogue Arabia isu Julai / Ogos melakar sejarah fesyen kerana penyanyi berhijab itu merupakan selebriti Malaysia pertama di majalah muka glossy itu! Khabar akan berita gembira ini disampaikan oleh beliau tatkala mengongsi foto di akaun Instagramnya.   Namun demikian, usah kamu tersalah lihat — ia tidak bermakna Yuna dijadikan wajah muka hadapan Vogue Arabia, tetapi kejelitaan beliau dipaparkan di pembukaan kolum “Lens” yang judul “Hijabi Crush” — Model, Jourdan Dunn is the cover girl buat isu itu, tetapi kami tetap bangga akan milestone fesyen si manis ini!   I’m over the mooooon! I’m in the July/August issue of #voguearabia, with @jourdandunn on the cover, and lil ol me on the inside. Thank you @voguearabia this is so cool,” tulis penyanyi Dan Sebenarnya itu di ruang kapsyen. Yuna juga telah kongsikan pendapat beliau akan hijab dan mengapa sehelai kain dapat memberi mesej yang besar dan ketara.   Penggambaran tersebut diabadikan oleh jurufoto Los Angeles, Aja Hitomi. Yuna telah menggayakan dress kelabu rekaan teman rapatnya, Hatta Dolmat.