Oleh: Aizat Aidid
Setiap kali menghadiri acara fesyen, saya asyik bertemu dengan muka yang sama. Sudah bagaikan satu kitaran di kala acara fesyen berlangsung, saya kira semua menyapa dengan soalan yang sama. “Hey Babe! How are you? Lama tak jumpa. Bila nak dinner together?” kata si polan. Jawapan yang diterima juga sama. “Okay sahaja. I am good. Jomlah, we plan for dinner!” Namun, percayalah daripada 100 kali ajakan untuk makan malam, mungkin yang benar-benar menjadi hanyalah sekali. Itu pun bukan dengan si polan yang sibuk bertanya. Sudah hafal sangat dengan skrip ini. Bagaikan siri drama televisyen sekarang. Skrip sama, hanya pelakonnya yang berlainan. Tidak tahu jika ada keikhlasan pada setiap pelawaan atau sekadar melengkapkan skrip masing-masing.
Adakalanya saya terfikir apakah wujud persahabatan yang tulus dalam dunia fesyen ini? Jika dilihat secara rambang, wujud banyak kelompok-kelompok kecil dalam industri fesyen lokal. Masing-masing ada kegemaran mereka. usah tipu jika anda tidak ada sifat pilih kasih. pereka fesyen ada model kegemaran mereka, begitu juga para jurugambar. Kami di sidang editorial juga begitu. Namun itulah resamnya, di mana sifat favouritism itu kadang kala menghalang kita untuk melihat kebaikan yang ada pada orang di luar lingkungan kita. Saya sendiri perlu sentiasa berhati-hati, melihat siapakah di luar sana yang perlu diberikan perhatian. Bukan dalam kumpulan yang sama sahaja.
Fesyen ini adalah satu seni, orang di dalamnya pula adakala hidup bagaikan pari-pari. Terbang tinggi sehingga lupa meletakkan kaki di bumi realiti. Saya sering teringat kata-kata Puan Editor, jangan biarkan diri sering dibayangi fantasi. Ini semua adalah kerja dan perlu ikhlas. Teringat kata kawan, “Ala, Aizat you kerja dengan GLAM. Apa you nak semua dapat.” Namun, setiap kali sebelum tidur saya terfikir jika saya menokhtahi kerjaya di GLAM, apakah masih ada rakan di lapangan fesyen yang mahu ajak saya keluar dinner?

KETIKA KE MINGGU FESYEN, CAROLINE ISSA DIANTARA PERSONALITI YANG SERING HADIR SEORANG DIRI. MEMBIASKAN RASA WOMAN IN POWER
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
BY Izzati Hailizam
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
BY Izzati Hailizam
May 26, 2026
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
BY Aizat Aidid
May 25, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


