Nantikan Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj, #NickiNudes!
The only nudes you should have. And send!

Nicki Minaj kembali sekali lagi untuk berkolaborasi bersama jenama kosmetik gergasi, M.A.C! Lima tahun yang lalu, penyanyi Superbass ini pernah berganding bahu bersama M.A.C buat rangkaian gincu VIVA GLAM mereka — siapa boleh lupakah rona merah lavender keluaran mereka suatu ketika dahulu itu?
Namun, kali ini ia bertemakan #NickiNudes! Ratu hip hop ini bakal keluarkan dua rona gincu, yakni merah jambu, koral lembut bernama Nicki’s Nude dan merah jambu ala creamy yang diberi nama Pinkprint, selepas album yang dinominasikan Anugerah Grammy. Kedua-duanya bakal dilancarkan pada 21 September di butik-butik M.A.C serta buat pembelian atas talian.

Bukan itu sahaja — gincu-gincu tersebut merupakan sebahagian daripada 24 rona gincu dan pengilap bibir baharu M.A.C! Rangkaian ini termasuk 18 tona nude, pada harga $17.50 (RM75) setiap satu. Ia juga didatangkan bersama 6 pengilap bibir, dari warna nude muda hinggalah ungu plum.
Kolaborasi M.A.C x Nicki Minaj ini merupakan edisi terhad dan hanya terdapat di pasaran sehingga 19 Oktober. #NickiNudes bakal disediakan buat pembelian umum pada September ini!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
