Related Stories
Nama Anak Kembar Beyoncé Akhirnya Terbongkar

Dengan pelancaran album terbarunya 4:44 dan persediannya untuk konsert jelajah solonya setelah sekian lama, Jay-Z sempat berkongsikan pengalaman hidupnya dengan media ataupun secara eksklusif pada laman streamingnya, Tidal.
Contohnya dalam klip khas berjudul Footnotes for 4:44 yang menampilkan nama-nama besar seperti Will Smith, Mahershala Ali, Kendrick Lamar, dan ramai lagi, Jay-Z dan lelaki-lelaki ini membincangkan isu-isu penting seperti toxic masculinity.
Jay-Z juga turut berkongsikan beberapa kebenaran yang tidak pernah didedahkan olehnya atau mana-mana pihak sebelum ini mengenai hubungannya bersama Beyoncé yang pernah dikhabarkan goyah selepas Beyoncé mengeluarkan album yang berunsurkan pengkhianatan dan juga kekecewaan yang melibatkan pihak ketiga.
Baru-baru ini, Jay-Z sekali lagi berkongsikan satu lagi informasi penting yang melibatkan anak kembarnya, Sir dan Rumi, yang dilahirkan pada awal musim Panas ini. Maksud nama mereka.
Dalam satu podcast bersama Rap Radar Jay-Z menerangkan maksud nama anak perempuannya, Rumi, adalah nama yang diambil daripada penyair kegemarannya dan juga Beyoncé seperti yang telah diteka oleh peminat-peminat mereka.
“Rumi merupakan penyair kegemaran kami, jadi nama ini adalah untuk anak perempuan kami.”
Nama Sir walau bagaimanapun merupakan satu misteri buat peminat dan ramai yang menyangkakan ia merupakan nama timangan sahaja, Namun that’s not what Jay-Z said.
Menurut Jay-Z, nama Sir mempunyai kaitan dengan attitude bayi lelaki itu. “Sir was like, man, come out the gate,” ujar rapper itu. “Dia membawa dirinya seperti itu. He just came out, like, Sir.“
There you have it, people.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
