Victoria’s Secret Swarovski Look Dengan Perincian 1 Juta Kristal
Debaran semakin dirasai dengan beberapa hari sahaja lagi sebelum acara tahunan Victoria’s Secret Fashion Show yang dinanti-nantikan ramai membuka tirai mereka buat pertama kalinya di Asia, Shanghai.
Selain mengumumkan Lais Ribeiro sebagai model bertuah yang terpilih untuk mengenakan Fantasy Bra tahun ini, Victoria’s Secret juga bakal menyambut ulangtahun ke-15 kerjasama mereka bersama Swarovski yang telah sekian lama membekalkan kristal untuk digunakan dalam rekaan-rekaan pakaian Victoria’s Secret termasuklah satu rekaan khas saban tahun oleh kedua-dua jenama ini.

Untuk tahun istimewa ini, satu juta kristal telah digunakan untuk koleksi Victoria’s Secret dan untuk rekaan khas mereka bersama Swarovski sahaja telah menggunakan 275,000 biji kristal. Tidak lupa juga berita gembira buat model yang akan memperagakan rekaan istimewa itu pada tahun ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Angel Elsa Hosk.
Monica Mitro, naib presiden eksekutif di Victoria’s Secret telah menyatakan kepada WWD bahawa rekaan bersama Swarovski pada tahun ini merupakan rekaan paling menakjubkan mereka pernah hasilkan.
“Ceraian tersebut dilengkapi dengan sepasang sayap yang dihiasi dengan batu-batu menawan dalam pelbagai warna. Ia juga merupakan antara sayap paling berat pernah kami hasilkan dengan 275,000 kristal, 200 ela riben bersulam dan kristal pavé, manik perhiasan dan abah-abah yang diselaputi kristal.”

Dengan pengalaman sebagai seorang Angel Victoria’s Secret selama empat tahun dan enam pertunjukan, Elsa Hosk merupakan pilihan paling tepat untuk sepasang ceraian yang lebih sesuai dengan model berkaliber sepertinya.
“Apabila saya mendapat tahu saya dipilih untuk memakai ceraian Swarovski ini saya merasa sangat teruja seperti yang sudah saya idamkan selama ini. Saya tidak sabar untuk berjalan di sepanjang pentas peragaan,” ujar Elsa mengenai peluang penuh makna ini.

Elsa Hosk sewaktu sesi fitting untuk ceraian Victoria’s Secret dan Swarovski.
Foto Instagram/wwd
“Pembinaan pakaian ini membuatkan anda merasakan ia sesuatu yang luar biasa… ibarat memakan perisai kristal. Ia kelihatan seksi, namun ia juga cool dan moden.”
Nantikan pertunjukan Victoria’s Secret Fashion Show di Shanghai pada 20 November ini!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
