Stail Baru Emma Watson Inspirasi Terbaru Tranformasi 2018
2018 ini dimulakan dengan azam baru dan mungkin juga tranformasi yang anda idamkan seperti kata-kata “new year, new me?”
Itulah yang dilakukan oleh Emma Watson untuk minggu pertama 2018 yang telah berlalu dalam sekelip mata sahaja. Dengan niat ingin berkongsikan bacaan terbarunya yakni “Why I’m No Longer Talking to White People About Race” oleh Reni Eddo-Lodge, Emma secara tidak langsung telah menunjukkan gaya rambut terbarunya yang kelihatan lebih edgy dibandingkan dengan gaya signaturnya yang lebih feminin.

Emma sebelum ini pernah dilihat dengan pelbagai potongan rambut yang membuktikan dia tidak takut untuk mencuba. Daripada rambut ikal dan kerinting yang sering dikaitkan dengan watak Hermione Granger, potongan bob dan juga lob, sehinggalah ke potongan pixie yang diterangkan oleh wanita ini sebagai “the most liberating thing ever”.
Gaya terbaru Emma ini menunjukkan dia telah menyertai The Fringe Club dengan potongan fringe yang tidak teratur untuk vibe yang edgy dan ia juga merupakan potongan seiras Winona Ryder dan Dakota Johnson. Emma juga melepaskan beberapa urat rambut untuk membingkai wajahnya dan memberi keseimbangan kepada keseluruhan gayanya.
Jika gaya ini hanyalah eksperimen buat Emma, kami menyarankan agar dia meneruskan sahaja. Becasue we just love a good fringe!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
