Personaliti: Natasha Hashim
Perlancaran Koleksi Edisi Terhad MCM X Tobias Rehberger
Lyn Lim Terbang Ke Nepal Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan
Style Queens At The 2020 Grammy Awards
GLAM Life: Datin Nurul Husna
Home > Personaliti > Apa Siapa Di Mana? > Its A Boy! Meghan Markle Selamat Melahirkan, Putera Harry Kini Sudah Bergelar Ayah

Its A Boy! Meghan Markle Selamat Melahirkan, Putera Harry Kini Sudah Bergelar Ayah

It’s a boy! Tahniah GLAM ucapkan kepada isteri kepada Putera Harry, Duchess of Sussex, Meghan Markle yang  melahirkan bayi lelaki pada Isnin. Perkara gembira ini telah diumumkan menerusi laman Instagram @sussexroyal. Dalam kenyataan tersebut menyatakan “Kami gembira untuk mengumumkan pasangan Harry dan Meghan menimang cahaya mata lelaki sulung pada pagi Isnin 6 Mei 2019.

“Meghan dan bayi dalam keadaan sihat. Kami berterima kasih kepada semua yang teruja dengan kelahiran ini,” ujar pengendali akaun itu. Khabarnya, Meghan dibawa ke hospital pada pagi Isnin selepas melepasi seminggu tarikh jangkaan untuk dia melahirkan anak. Pasangan itu mengumumkan berita kandungan Meghan pada 15 Oktober tahun lalu. Bayi tersebut seberat 7 lbs, 3 oz, namun masih belum ada nama yang diberi dan media masih ternanti-nantikan khabar tersebut.

Putera Harry dan Meghan Markle selamat disandingkan dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang pada 19 Mei 2018.