Dolla Debut Penuh Glowing Dalam GLAM
BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia
Gaya Ratu Rihanna Di Tayangan Perdana Filem Terbaharunya!
Matthieu Blazy: Bakal Pengarah Kreatif Baharu Chanel? Kenali Pereka Muda Ini
Couture Week Menyaksikan Kelahiran New CHANEL Dengan Inspirasi Kurun Ke-18
Home > Fesyen > Berita > 5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan

5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan

Pada 30 Julai lalu telah berlangsung majlis pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Acara yang gilang-gemilang itu dilakukan di Balairung Seri, Istana Negara  dengan penuh adat resam dan mengikut tradisi Kesultanan Melayu.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran kerabat diraja yang memakai persalinan tradisional yang sudah tentunya cantik dan menarik perhatian mereka yang mengikuti berita pertabalan itu. GLAM himpunkan senarai lima persalinan menawan yang dipakai kerabat diraja yang hadir pada hari pertabalan berkenaan.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
https://www.instagram.com/p/B0iU0wjnii_/ Baju kurung rona putih gading ini hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim dipadankan bersama selendang yang mempunyai sulaman kerawang pada hujung selendang dan dipenuhi dengan manik. Menariknya, busana diraja ini ditenun oleh penghuni penjara Penor dan Bentong dimana ilham tersebut adalah dari Tuanku Azizah sendiri yang berlambang kebesaran Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang kebesaran Johor iaitu bulan dan bintang menggunakan benang pakan perak. Kerawang pada baju kurung tersebut juga ditenun satu persatu dan dilengkapi pula dengan manik, berlian, mutiara dan kepingan emas. Istimewanya kepingan emas itu dipinjam daripada bonda baginda, Almarhum Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad untuk mengembalikan nostalgia turun temurun zaman dahulu.
Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse