Related Stories
Cedok Inspirasi 5 Gaya Fesyen Ameera Khan Pilihan GLAM
Ameera Khan, gadis jelitawan yang bijak bergaya dan menjadi ikon fesyen anak muda hari ini. Ayuh lihat trend popular fesyen “Girlhood” yang dapat kami rumuskan pada gaya @littlemisskhan ini.
Jika tanya siapakah inspirasi wanita muda pilihan GLAM hari ini dalam berfesyen, sudah tentu Ameera Khan menjadi salah seorang kegemaran kami. Bijak bergaya dan tahu menyuai padan seiring dengan personalitinya membuatkan GLAM sangat adore dengan gadis manis ini. Kami merasakan gaya Ameera Khan lebih terdorong kepada gaya anak muda yang gemarkan minimalis dan dalam pada masa yang sama masih kelihatan fashionista dan stylish di mata yang memandang.
Inilah definisi ‘quite luxury’, trend terkini dalam berfesyen yang menjadi pilihan penggemar gaya moden di seluruh dunia hari ini. Bukan sahaja Ameera Khan, selebriti lokal seperti Zahirah MacWilson, Shalma Ainaa dan Bella Kuan antara yang memiliki gaya hampir sama seperti wanita ini. Dalam erti kata lain, trend ‘quite luxury‘ yang sebenarnya melonjak popular pada tahun yang lalu (dan dijangka bakal berterusan ke tahun ini), membawa maksud penggayaan minimal, namun menggayakan barang-barang yang diperbuat daripada kualiti premium dan mewah tanpa perlu menunjuk-nunjuk jenama yang disarung.
Jika anda mahu bergaya sama seperti Ameera Khan, ini adalah antara tip yang boleh anda amalkan untuk membina gaya anda yang tersendiri.
- Pilihan warna neutral: Pilih warna-warna netral seperti putih, hitam, kelabu dan beige. Warna-warna ini senang dipadankan dan mampu memberi overall look kelihatan lebih kemas dan elegan.
- Pakaian asas berkualiti: Pelaburan dalam pakaian asas yang berkualiti tinggi seperti kemeja putih berkualiti, seluar hitam, atau jaket neutral adalah amat digalakkan. Pakaian yang berkualiti akan tahan lebih lama dan senang dipadankan. Percayalah, anda mampu merasakan perbezaannya.
- Potongan yang ringkas: Pilih pakaian dengan potongan yang ringkas dan minimal. Hindari terlalu banyak hiasan, warna yang pop atau juga butir perincian yang rumit.
- Layering ringan: Jika hendak menggayakan lebih dari satu lapisan pakaian, pastikan lapisannya ringan dan tipis untuk memberi dimensi tanpa menampakkan keserabutan pada look anda.
- Aksesori yang minimalis: Pilih aksesori yang sederhana dan elegan. Jam tangan klasik, rantai halus, atau anting-anting minimalis boleh memberi sentuhan tanpa terlalu menjolok mata.
- Elakkan overbranding: Pilih pakaian yang tidak terlalu banyak memaparkan logo agar gaya anda kekal kemas dan minimal.
- Jahitan yang kemas: Walaupun ringkas kala bergaya, perincian pada pakaian anda seperti kancing dan jahitan rapi dan berkualiti turut harus dititikberatkan.
- Perlu ada keseimbangan yang baik: Pastikan tampilan anda seimbang dan tidak terlalu kosong atau terlalu padat. Keseimbangan dalam penampilan tetap memberi kesan minimalis yang baik!
Ayuh lihat 5 Gaya Fesyen Ameera Khan yang Menjadi Pilihan Kami
#1 Santai berkemeja putih dan jeans
#2 Gaun Dedah Bahu Rona Hitam
#3 Gaya fesyen Ameera Khan pada hujung minggu
#4 Bergaya dengan rona putih
#5 Kemeja T untuk gaya harian
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
