fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
‘A Future Together’, Jelajah Koleksi Fall ‘Ready-to-Wear’ 2021 Milik Salvatore Ferragamo
Tribute Virginie Viard Untuk Coco Chanel
Seán McGirr Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQueen
Happy New Year! Item Mewah Untuk Hangatkan Malam Tahun Baru Anda!
Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya
Home > Fesyen > Clash De Cartier Studio Singgah di Singapura

Clash De Cartier Studio Singgah di Singapura

Pertama kali dilancarkan koleksi Clash de Cartier ini di paris awal tahun ini menyaksikan ramai orang mula jatuh cinta pada rekaan uniknya. Lantas, membuatkan Cartier untuk berlabuh keliling dunia untuk memperkenalkan dengan lebih dengan koleksi mereka yang baru ini kepada pencinta barang kemas. Lantas, tidak mustahillah Singapura menjadi pilihan pertama mereka di Asia Tenggara. Negara yang penuh kontra ini cukup membiaskan rekaan Clash de Cartier. Bangunan STPI bertukar wajah menjadi lokasi buat pameran yang berlangsung dari 15 hingga 17 November. Misi utamanya adalah untuk menyediakan satu pengalaman unik dalam ruang interaktif.

Pameran yang direka oleh Michel  Gaubert dan Thomas Lelu ini bermain dengan medium muzik , seni dan sastera. Mereka yang hadir mampu mengenali dengan lebih dekat setiap rekaan unik barang kemas Clash de Cratier dalam cita rasa paling kontra. Ada dua ruang utama yakni Bookstore dan Record Store. Di ruang buku, mereka yang hadir boleh membuat ujian personaliti untuk mengetahui apakah identiti ‘Clash’ mereka. Manakala ruang muzik pula memainkan set lagu oleh Michel Gaubert. Ada pelbagai genre muzik yang bakal dimainkan dan bisa dikongsi melalui aplikasi Spotify.

Kenali siapakah alter ego anda di ruang buku oleh Clash de Cartier Studio

Kafe bertemakan East meets West