Horizon Wanita: Hannah Delisha
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAwal tahun ini, Hannah Delisha berkongsi khabar yang dia sudahsah menjadi isteri buat Imam Shah, juga pelakon asal Singapura. Berkahwin pada usia 24 tahun mungkin bagi orang lain dikira masih awal. Namun, Hannah menafsirkan ia sebagai satu jodoh dan rezeki daripada tuhan. Momen itu pastinya menggembirakannya. Juga, Hannah sempat berkongsi dengan saya yang momen membuatkan dia mampu menikmati nikmat bahagia adalah apabila selesai kerja. “Sejujurnya, saya cukup berasa gembira tatkala mampu selesaikan kerja di hari yang panjang!” sambil matanya bersinar menjawab jujur pada soalan yang diajukan. “Apakah kejayaan terbaik Hannah?” “Becoming a woman that I am today, kerana tidak dapat bayangkan yang saya mampu menakluki ketakutan saya sekarang. Sebenarnya, saya ini jenis yang introvert. Tetapi kini saya mampu untuk keluar menjadi personaliti dunia hiburan,” ujarnya. “Saya pula ada perangai yang selalu menjaga hati orang lain sehingga lupa tentang diri sendiri.”
“Siapa wanita yang menjadi inspirasi Hannah Delisha?” “Sejujurnya, tiada orang yang khusus. Kerana saya melihat wanita yang mempunyai semangat juang tinggi itulah boleh dijadikan contoh terbaik dalam kehidupan saya. Mereka yang bijak berdiri dengan kaki sendiri dan selalu percaya pada kata hati masing-masing juga adalah simbol wanita yang berkuasa sekarang. Lebih-lebih lagi semasa era Covid-19 sekarang yang mana wanita lebih bijak dalam menyuarakan pendapat mereka. Kini punya banyak platform yang lebih besar. Serta mereka bijak menggunakan media digital sebagai tempat melebarkan misi peribadi,” kongsi Hannah yang juga bakal menjalankan kerja amal khusus dalamkehidupan haiwan terbiar. Misi terbaru adalah untuk mengadakan kempen bersama Persatuan Haiwan Malaysia dalam membendung penambahan haiwan seperti kucing dan anjing terbiar yang mula banyak mendominasi Kuala Lumpur. Mengakahir temu bual, Hannah berkongsi yang nasihat terbaik dia boleh berikan pada diri sendiri untuk tidak soalkan kredibiliti diri.

Pautan Berkenaan: Horizon Wanita: Datin Nina Ismail Sabri
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

