Related Stories
Bonia Dan Ameera Khan Berlebaran Dengan ‘Santapan’ Unik
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioAlami satu momen yang cukup nostalgia bersama koleksi lebaran BONIA bersama Ameera Khan sebagai wajah utamanya!
Setiap kali lebaran menjelma, pasti banyak memori yang kita rindukan. Ia memberi kita semangat untuk meraikan bulan yang cukup indah ini. Apa lagi, setelah sebulan berpuasa! Semestinya mahu raikan lebaran dengan sepuas-puasnya. Dek sebab ini, BONIA mahu mengembalikan kenangan indah itu buat semua. Momen nostalgia ini dirakamkan pula bersama bintang fesyen terkini, Ameera Khan!

Ameera menyarung Skarf Guilia Matte Satin dari BONIA
Lebaran akan diisi dengan momen-momen penting. Selain bermaaf-maafan dengan ahli keluarga atau bergambar dari pagi hingga ke malam. Sesi makan juga amat penting! Lalu, BONIA memilih tema santapan sebagai esen penting kepada koleksi lebaran mereka bersama Ameera Khan. Meja makan yang penuh dengan santapan enak membawa kemanisan yang tiada henti. Apatah lagi kuih-muih yang dibakar sendiri, bentuknya pula cantik-cantik! Membuahkan idea kepada dua jenama penting ini.

Melalui siri koleksi ini, BONIA dan Ameera Khan melancarkan dua rekaan beg yang cukup tepat dengan tema santapan. Pertama adalah beg Croissant yang mana rekaannya seakan roti klasik Perancis. Ia menggunakan material kulit yang cukup lembut, seperti roti yang disapu dengan mentega! Hadir dalam palet pop seperti Magma Orange, Nero, Butter, Living, Golden Harvest, Pinky Clay dan Red Glow. Sesuai digayakan jika mahu melawat rumah ke rumah, kerana rekaannya lebih besar. Boleh muatkan banyak benda, termasuk sampul raya buat anak-anak kecil!
Jika ada undangan rumah terbuka yang berskala mewah, apa kata jinjitkan beg Crystal Venice Petite ini! Ia adalah keluaran eksklusif dengan tatahan kristal memenuhi beg kecil. Khas hanya buat koleksi BONIA Raya 2022. Hadir dalam dua rona manis, Talam Blue dan Kismis Purple. Perlu cepat dapatkannya, kerana seluruh dunia hanya ada 11 item buat setiap rona ini.
https://www.instagram.com/p/CbzBaowpMGd/
Koleksi BONIA Raya 2022 boleh dibeli terus secara maya di BONIA dan di butik-butik BONIA yang terdekat dengan anda.
Artikel Berkaitan: Di Sebalik Kediaman RM211 Juta Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


