Postcards From London: Warisan Abadi Burberry
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBurberry menyingkap lembaran baharu warisannya melalui kempen It’s Always Burberry Weather: Postcards from London, satu penghormatan puitis kepada cuaca dan jiwa kota London yang abadi.
Di kota London yang diselimuti kabus dan cahaya suram yang memantul di atas jalan batu, Burberry menulis bab baharu dalam perjalanan panjang warisannya. Lebih daripada seratus enam puluh lima tahun, jenama ini menjadi lambang ketahanan dan kemewahan Inggeris. Kempen terbarunya It’s Always Burberry Weather: Postcards from London muncul sebagai tnada penghormatan kepada cuaca di kota ini yang tidak pernah menentu dan semangat petualangan yang tidak pernah luntur. Ia adalah kisah tentang keberanian menghadapi perubahan, tentang gaya yang tidak tunduk pada masa serta tentang keindahan yang lahir daripada tradisi.

Menelusuri Jiwa London Melalui Lensa Warisan Burberry
Empat filem pendek arahan John Madden menjadi inti kempen ini. Olivia Colman, pelakon pemenang Anugerah Academy, menjelma sebagai pelbagai wajah London yang tidak terhitung banyaknya. Dari peminat kriket yang tenang hingga wanita di sebalik kaunter kedai ikan goreng, setiap lakonannya memaparkan kehangatan dan keanehan kota yang sentiasa hidup. Filem ini juga menampilkan deretan model antarabangsa seperti Amelia Gray, Liu Wen, Lucky Blue Smith, Mona Tougaard dan Tyson Beckford. Berlakon menjadi pelancong yang memandang London dengan mata pertama, sedang Colman menjadi figura yang menyambut mereka. Segala detik ini akhirnya dirangkai menjadi satu naratif yang berpadu secara harmoni, lantas menonjolkan keindahan warisan outerwear Burberry yang menjadi tunjang buat kempen ini.

Burberry terus memberi nafas baharu kepada rekaan ikoniknya. Castleford trench yang dihasilkan di Yorkshire daripada material kapas gabardin kalis air kembali bersama Fitzrovia coat yang berbentuk A-line, memberi siluet bervolume dan moden. Buat lelaki, Chestwood trench memberi penghormatan kepada rekaan tahun 80-an. Reka bentuk Berryhill mempertemukan potongan kot hujan klasik dengan gaya padat yang tegas, manakala Floriston jacket menghidupkan semula jaket berkuilt tradisional dalam potongan kotak dengan kemasan nilon berkilat dan trim korduroi.

Warna menjadi bahasa yang lembut namun bertenaga. Burberry berona beige diberi nafas segar dengan nada clam dan ice. Warna terasnya adalah seperti camel, navy dan hitam berpadu dengan clay brown, coal grey, mahogany serta twilight blue. Setiap rona menggambarkan langit London yang berubah daripada fajar ke senja, daripada hujan ke bercahaya.

Pengembaraan Thomas Burberry kembali berdenyut melalui pop-up butik yang diinspirasikan oleh perjalanan kereta api klasik. Reka bentuk dalaman menggabungkan estetika industri dengan kehalusan Arts and Crafts, nyata mencipta suasana romantis seperti stesen lama yang menyambut kepulangan. Di China, Jepun dan United Arab Emirates, pop-up ini berdiri sebagai ruang nostalgia dan penemuan. Di tengahnya berdetik semula jam bersejarah dari butik Haymarket, dipulihara dengan cermat sebagai simbol masa yang tidak berhenti bergerak. Burberry terus melangkah, membawa warisan yang tidak pudar dalam setiap hembusan angin kota London yang ikonik.
Artikel berkaitan: Fesyen Dan Muzik Bersatu Di Pentas Peragaan Burberry Summer 26
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
