Olivier Theyskens: The Comeback Kid

Bergdorf Goodman 111th Anniversary-NYC

Perjalanan Olivier Theyskens, 39, sebagai seorang pereka fesyen bermula apabila dia menghasilkan dan memperagakan koleksi pertamanya bertemakan abad ke-18 menggunakan fabrik tradisional Perancis pada 1997 di Paris. Anak kelahiran Belgium ini juga tersenarai dalam “25 Most Unforgottable Runway Shows of the 90s” oleh Vogue.

 

Bukan itu sahaja, Theyskens juga memenangi anugerah Venus de la Mode pada tahun 2000 selepas dinobatkan sebagai salah seorang personaliti kreatif paling berkuasa dalam industri fesyen.

 

Kini, Olivier Theyskens kembali menggegar industri fesyen dunia dengan kemunculannya di Minggu Fesyen Paris 2017!

 

KRONOLOGI KARIER OLIVIER THEYSKENS

2002: Theyskens menjadi Pengarah Kreatif Rochas.

 

2003: Selain memperagakan koleksi pertamanya dibawah Rochas, dia juga mereka kostum untuk Theatre Royal de la Monnaie.

 

2005: Fashion Group International menganugerahkan Star Award kepada Theyskens di Annual Night of Stars Gala ke-22.

 

2006: Theysken menerima anugerah International Award dari Council of Fashion Designers of America namun syarikat induk Rochas iaitu Procter & Gamble memberhentikan pengeluaran jenama tersebut. Walaubagaimanapun pada November tahun tersebut, Theyskens dilantik sebagai Pengarah Artistik Nina Ricci.

 

2009: Selepas tiga tahun berkhidmat untuk Nina Ricci, pereka fesyen ini meninggalkan jenama tersebut.

 

2010: Theysken dinamakan sebagai Pengarah Artistik untuk Theory dan sempat menghasilkan dua koleksi iaitu koleksi kapsul Musim Bunga 2010 dan pra-Musim Bunga 2015. 

 

Tiffany & Co. Presents a Special New York Screening of "ENGRAM" - Arrivals

 

MINGGU FESYEN PARIS 2017

Koleksinya masih mengekalkan sentuhan Parisian yang mewah namun praktikal. Antara rekaan yang ditampilkan termasuklah ballgowns, coatdress tanpa kolar dan belted trenches yang dihasilkan daripada material seperti kulit dan sutera dengan kemasan batu permata.

 

“I want to be humble, and I just want to say also that it’s not trying to be a big brand. It’s a project that’s just starting, it’s something we want to build, and it’s something that’s really precious to us,” ujar Theyskens tentang kemunculan semulanya dibawah jenama sendiri.

 

Selebriti A-list seperti Cate Blanchett, Emma Watson, Jennifer Anniston, Nicole Kidman dan Felicity Jones juga pernah menggayakan rekaan daripada pereka fesyen ini.

 
Oleh: Lylatul Qadrina

POST A COMMENT